Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian43Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat35Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela35General : MCMC, EC Test Internet Connectivity At Melaka Polling Centres For OCR-VA System34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Dah masuk hostel, lelaki OKU tak jadi diambil kerja

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 17:01 MYTLatest activity 18 Oct, 17:01BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kecewa apabila sebuah kilang makanan didakwa tidak jadi mengambilnya bekerja, sedangkan dia telah melakukan persediaan awal yang diminta oleh bahagian sumber manusia (HR) syarikat tersebut. (Kosmo!, 17:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Dah masuk hostel, lelaki OKU tak jadi diambil kerja

By KOSMO! · 18 Oct, 17:01 MYT

PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kecewa apabila sebuah kilang makanan didakwa tidak jadi mengambilnya bekerja, sedangkan dia telah melakukan persediaan awal yang diminta oleh bahagian sumber manusia (HR) syarikat tersebut.

Menerusi hantaran Thread Themuazzins, lelaki itu mendakwa telah memasuki asrama pekerja dan mengambil suntikan tifoid dengan bayaran sendiri, namun dikatakan tidak jadi mengambilnya bekerja selepas dimaklumkan dia OKU pekak dan bisu.

“Sedihnya saya hari ini. Selepas berbulan menganggur, saya diterima kerja di kilang makanan sebagai pekerja pekak bisu. Saya dah maklumkan pada HR yang saya pekak bisu.

“HR meminta saya untuk masuk hostel semalam dan ambil suntikan tifoid. Saya dah ambil suntikan dan semalam saya pun datang lah ke hostel (asrama pekerja), tiba-tiba hari ini saya diberitahu, kilang tidak terima pekerja pekak bisu.

“Sangat sedih sebab dah keluar banyak duit seperti minyak dan sebagainya,” katanya pada hantaran dimuat naik semalam.

Pemuda itu berkata, dia juga sempat membeli tombol pintu baharu memandangkan pintu bilik di asrama tersebut rosak dan mahu membaikinya sendiri.

“Saya punya semangat sampai je saya di hostel saya tengok tombol pintu bilik rosak, jadi saya turun semula jalan kaki pergi beli tombol pintu, bilah kipas.

“Saya mop bilik tersebut sebab saya jenis tak boleh duduk dalam keadaan bersepah. Flat tiada lif, jadi saya angkat bawa naik ke tingkat tiga. Banyak barang saya dan keesokannya angkut semula turun,” katanya.

Bertambah malang, dia mendakwa, seorang individu didakwa ketua asrama di situ juga sempat meminjam wang daripadanya sebaik dia sampai di bilik tersebut.

“Hari pertama masuk hostel dah ada yang minta pinjam duit. Saya pun beri lah sebab saya sangat takut kalau tak bagi duit, boleh mencetuskan pergaduhan.

“HR dan PIC (person in charge/orang yang bertanggungjawab) juga tiada jawapan untuk saya dan akhirnya saya memilih balik sahaja ke rumah. Tolong doakan saya ada rezeki bekerja di mana-mana,” ujarnya.

Hantaran itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread selain ada yang menawarkan pekerjaan kepada lelaki tersebut.

“Dik meh sini kerja kilang, saya tolong. Ada hostel. Hostel dengan kilang tak jauh, jalan pun boleh. Ada jalan berbumbung, naik motosikal pun boleh,” komen pengguna Thread Dahlianorani.

“Salam dik, kalau adik sekitar KL atau Lembah Klang, meh kerja dengan kilang lampu abang. Tak susah pun bersihkan kristal je, ada aircond (penyaman udara),” kata Qushayry1.

“Doa orang teraniaya tiada hijab dik. Doa dan terus berdoa, akak doakan awak dapat kerja elok yang boleh terima awak dan suasana baik untuk awak. Insya-Allah, Allah akan gantikan jauh lebih baik,” kata Hustler2x25. – KOSMO! ONLINE

The post Dah masuk hostel, lelaki OKU tak jadi diambil kerja appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 17:34 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 17:01 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    17:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.