
Dahulu digelar ‘pengemis’, kini ikon wanita global
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BERMULA sebagai seorang gadis yang menjual produk kecantikan di pusat beli-belah, Nurliyana Omar kini mengukir nama sebagai mentor dan usahawan berjaya. (Kosmo!, 10:10)
Read the reporting
1 report
Dahulu digelar ‘pengemis’, kini ikon wanita global
BERMULA sebagai seorang gadis yang menjual produk kecantikan di pusat beli-belah, Nurliyana Omar kini mengukir nama sebagai mentor dan usahawan berjaya.
Wanita berusia 40 tahun itu kini bergiat aktif mengembangkan perniagaan dalam bidang pengilangan produk secara kontrak (OEM), percetakan dan pembangunan jenama menerusi syarikatnya, LO Global Resources.
Kesungguhannya membangunkan kerjaya turut mendapat pengiktirafan apabila menerima International Women’s Icon Award menerusi International Ikon di Singapura pada tahun lalu, selain beberapa anugerah keusahawanan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Mesra disapa Liyana, dia mengakui, pengiktirafan diterima melengkapkan perjalanan lebih dua dekadnya dalam dunia perniagaan yang bukan dibina dalam keadaan mudah.
“Di sebalik pencapaian hari ini, tersimpan kisah seorang wanita yang pernah berdepan penghinaan, pengkhianatan, fitnah serta kehilangan insan tersayang, namun memilih untuk bangkit dan meneruskan perjuangan.
“Bagi saya, gelaran ikon bukan sekadar penghormatan terhadap pencapaian peribadi, sebaliknya membawa tanggungjawab untuk menjadi contoh bahawa wanita mampu membina kejayaan melalui ilmu, usaha dan integriti,” katanya memulakan bicara bersama K-Wanita.
Berkongsi lanjut, ibu kepada empat cahaya mata itu juga mengakui pernah digelar pengemis sewaktu bekerja mempromosikan produk kepada orang ramai.
Kata-kata nista itu tidak mematikan semangat wanita berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor itu, sebaliknya ia menjadi pemangkin untuk dia terus bangkit membina sistem yang kukuh dan membuktikan bahawa maruah wanita boleh ditebus melalui kejayaan.
“Pengalaman lebih dua dekad yang lalu itu mengajar saya bahawa dunia perniagaan bukan sekadar tentang menjual barang, tetapi memerlukan ketahanan mental, keberanian menghadapi penolakan dan kesanggupan memperbaiki diri.
“Walaupun pernah rasa terluka dengan pandangan negatif masyarakat, namun saya tidak membiarkan pengalaman itu menentukan masa depan.
“Sebaliknya, saya ambil dan jadikannya dorongan untuk membina perniagaan yang lebih tersusun dan membuktikan keupayaan melalui hasil kerja,” katanya.
Buktinya, berbekalkan modal yang ada, dia mencabar diri membuka outlet kecantikan sendiri pada usia 26 tahun.
Dua tahun kemudian, dia sekali lagi mencabar diri dengan beralih ke bidang OEM dan membekalkan produk kepada pengasas jenama.
Enam tahun selepas itu, rezeki Allah SWT telah mengatur langkahnya untuk membina cabang perniagaan lain menerusi bidang percetakan yang kini menjadi antara teras utama perniagaannya.
Peralihan daripada jualan kepada pengilangan dan percetakan membolehkan Liyana mengumpulkan pengalaman dalam pelbagai aspek pembangunan produk.
Pengetahuan tersebut kemudian menjadi kelebihan untuk Liyana membantu pelanggan yang mahu membangunkan jenama sendiri, daripada peringkat formulasi produk hingga pemilihan pembungkusan dan penyediaan bahan.
Menerusi syarikatnya, dia menawarkan perkhidmatan merangkumi formulasi minuman serbuk secara OEM, percetakan komersial serta penghasilan cenderahati korporat tempahan khas untuk pasaran Malaysia dan Singapura.
Menurutnya, kejayaan dalam perniagaan bukan hanya diukur melalui jumlah jualan, tetapi sejauh mana perkhidmatan yang diberikan mampu menyelesaikan masalah pelanggan.
“Menjual bukan tentang siapa yang paling pandai bercakap, tetapi siapa paling teliti mendengar masalah pelanggan.
“Saya mahu pelanggan memahami apa yang mereka perlukan, memilih spesifikasi sesuai dan memastikan setiap ringgit dilaburkan memberikan hasil sepatutnya,” katanya.
Berbekalkan pengalaman dalam industri, Liyana turut menghasilkan modul keusahawanan ‘The Beginning’ bagi membimbing bakal pengasas jenama memahami asas pembangunan produk dan pengurusan kos.
Tidak sekadar itu, wanita berani itu juga bergelar jurulatih bertauliah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dengan berkongsi ilmu praktikal kepada usahawan serta individu mahu memulakan perniagaan.
Ceritanya lagi, perjalanan membina perniagaan tidak pernah terlepas daripada ujian kerana bukan semuanya manis bagai disangka.
Liyana pernah berdepan pengkhianatan dan fitnah daripada individu yang dipercayainya hingga menjejaskan keyakinan terhadap hubungan dengan orang di sekeliling.
Dalam tempoh sukar itu, dia turut kehilangan ibu tercinta, iaitu insan yang menjadi antara sumber kekuatan dalam hidupnya.
Liyana diamanahkan menerbitkan Kitab Sirajul Qulub (Pelita Hati) susunan Ustaz Kamal Said.
Pengalaman itu mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan kepercayaan dan tidak menjadikan kata-kata negatif sebagai alasan untuk berhenti berusaha.
“Saya belajar bahawa maruah dan nama baik tidak perlu dipertahankan dengan kata-kata, tetapi dibuktikan melalui kerja, amanah dan hasil.
“Saya memilih untuk tidak membalas fitnah, sebaliknya fokus membina semula perniagaan, lebih berhati-hati meletakkan kepercayaan dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT,” katanya.
Dalam mengemudi perniagaan yang melibatkan pembuatan dan percetakan itu, Liyana turut menekankan integriti, ketepatan penghantaran dan kualiti produk.
Sebagai wanita yang menggalas amanah dan operasi perniagaan, dia percaya kemampuan seseorang usahawan perlu dinilai berdasarkan profesionalisme dan hasil kerja, bukannya jantina.
Prinsip amanah, ketelusan dan tanggungjawab menjadi pegangan dalam berurusan dengan pelanggan.
Baginya, masalah mungkin berlaku dalam mana-mana perniagaan, tetapi kejujuran ketika mencari penyelesaian menjadi perkara yang membezakan usahawan berjaya.
Kesungguhanan Liyana membangunkan kerjaya turut diiktiraf menerusi anugerah Top Sales Beauty & Health pada 2017, Top Sales & Service dalam industri OEM pada 2018, International Entrepreneur Excellence Award dan Prestige International Entrepreneur Excellence Award daripada GILMS di Singapura, BTA Global Excellence
Entrepreneur Award serta Award for Mentorship Youthpreneur daripada Universiti Teknologi Mara pada 2025.
Walaupun menerima pelbagai pengiktirafan, namun Liyana menganggap pencapaian tersebut sebagai amanah untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan dan membuka lebih banyak peluang kepada orang lain.
Pada tahun ini, lembaran kembaranya turut berkembang ke arah pembangunan komuniti dan dakwah.
Sebagai strategic builder (pembangunan strategik) dan pengurus kepada penceramah motivasi berpengaruh, Ustaz Kamal Said, dia diamanahkan membantu merancang hala tuju, membangunkan pemasaran digital serta memperluas kerjasama bagi menyokong gerak kerja dakwah.
Menariknya, Liyana turut membangunkan Aura Sunnah UKS, rangkaian minuman berkhasiat yang ditawarkan dalam empat pilihan iaitu kopi caramel cappuccino, teh tarik gold, coklat Belgium serta susu kambing tamar dan moringa.
Melalui rangkaian ejen dan stokis, produk tersebut turut membuka peluang pendapatan kepada ahli komuniti, di samping menyokong kesinambungan aktiviti dakwah.
Seperkara lagi, Liyana diamanahkan menerbitkan Kitab Sirajul Qulub (Pelita Hati) susunan Ustaz Kamal Said yang akan dilancarkan di Johor Bahru pada hujung minggu ini.
Naskhah yang menghimpunkan bacaan al-Quran terpilih, asmaul husna, selawat, zikir, qasidah dan doa itu menjadi ruang untuk Liyana menggunakan kepakaran percetakan untuk lebih dekat dengan pengisian rohani masyarakat.
Bagi kerja-kerja dakwah lain, Liyana turut terlibat dalam usaha memperkukuh ekonomi Pondok Anwarul Mahabbah di Kampung Rahmat, Kluang dengan harapan mempunyai sumber pendapatan lebih mampan.
Mengenai perancangan masa depan, Liyana menyasarkan peluasan rangkaian ejen dan stokis Aura Sunnah UKS, penyebaran Kitab Sirajul Qulub menerusi jaringan komuniti serta pembukaan sebuah kilang percetakan mini di Johor Bahru.
Langkah itu diharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan, kerjasama vendor dan ruang pembelajaran kepada usahawan mikro.
“Di sebalik pelbagai tanggungjawab, saya cuba bahagikan masa dengan menjadikan keluarga sebagai sumber kekuatan.
“Doa dan didikan ibu bapa, sokongan suami serta keinginan memberikan kehidupan yang baik kepada empat orang anak terus menjadi pendorong untuk melangkah lebih jauh,” katanya.
Sementara itu, pesannya kepada wanita yang masih takut untuk memulakan perniagaan, jangan menunggu sehingga segala-galanya sempurna.
Baginya, kekangan modal dan pengalaman boleh diatasi melalui pembelajaran, perancangan serta disiplin dalam mengurus sumber yang ada.
“Usahawan sejati tidak diukur dengan modal puluhan ribu ringgit, tetapi dengan kemampuan memutarkan modal kecil secara berdisiplin. Paling utama, luruskan niat mencari rezeki kerana Allah dan sentiasa berusaha memberi manfaat kepada orang di sekeliling,” katanya.
The post Dahulu digelar ‘pengemis’, kini ikon wanita global appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.