
Dari Timpohon Gate, mula langkah ke puncak Gunung Kinabalu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
RANAU: Ahli Kelab Media Prima (MPC) hari ini memulakan cabaran menawan puncak Gunung Kinabalu dalam Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti dengan kerjasama Kelab Agrobank. (Berita Harian, 10:09)
Read the reporting
1 report
Dari Timpohon Gate, mula langkah ke puncak Gunung Kinabalu
RANAU: Ahli Kelab Media Prima (MPC) hari ini memulakan cabaran menawan puncak Gunung Kinabalu dalam Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti dengan kerjasama Kelab Agrobank.
Ekspedisi yang turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah itu memulakan perjalanan dari Timpohon Gate menuju ke Panalaban juga dikenali sebagai Laban Rata yang berada pada ketinggian 3,273 meter dari aras laut sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada awal pagi esok.
Selain menghimpunkan kakitangan Berita Harian (BH), Harian Metro (HM), New Straits Times Press (NST) dan TV3, ekspedisi turut disertai tujuh kakitangan Agrobank.
Kolaborasi antara MPC dan Kelab Agrobank memberi peluang kepada kakitangan kedua-dua organisasi untuk menyertai aktiviti luar yang mencabar, selain menguji ketahanan fizikal dan semangat berpasukan sepanjang ekspedisi.
Majlis pelepasan peserta disempurnakan Ketua Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Agrobank, Intan Syazwani Isa.
Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia dan antara gunung paling ikonik di rantau ini, dengan puncak tertingginya, Low's Peak, berada pada ketinggian 4,095.2 meter.
Taman Kinabalu yang menempatkan Gunung Kinabalu diwartakan pada 1964 dan meliputi kawasan kira-kira 754 kilometer persegi. Kawasan itu kemudiannya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2000 kerana ekosistem yang pelbagai dan kekayaan biodiversitinya.
Terletak di bahagian utara pulau Borneo, di Sabah, Taman Kinabalu adalah tapak dengan keindahan semula jadi yang tiada tandingan, dengan kepentingan saintifik luar biasa.
Taman ini mempunyai pelbagai jenis habitat, daripada hutan hujan tropika tanah rendah dan berbukit, kepada hutan montane tropika dan padang rumput alpine.
Kepelbagaian ekosistem berkenaan menjadikan Taman Kinabalu antara kawasan penting bagi pemuliharaan biodiversiti, selain menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna, termasuk spesies endemik.
Perubahan altitud dramatik, geologi pelbagai, mikroiklim yang kaya dan corak cuaca sentiasa berubah menjadikan Gunung Kinabalu sebagai pusat ekosistem luar biasa, menyediakan habitat bagi ribuan spesies tumbuhan dan haiwan.
Gunung Kinabalu turut menjadi teras kepada Kinabalu UNESCO Global Geopark yang meliputi kawasan kira-kira 4,750 kilometer persegi, merangkumi Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian Ranau.
Kinabalu UNESCO Global Geopark menonjolkan hubungan antara nilai geologi, biodiversiti dan budaya masyarakat setempat, sekali gus memperlihatkan kepentingan Gunung Kinabalu bukan sahaja sebagai destinasi pendakian tetapi juga kawasan yang mempunyai nilai alam sekitar dan warisan.
Ekspedisi MPC dengan kolaborasi Kelab Agrobank itu diharap menjadi pengalaman bermakna kepada semua peserta dalam mengharungi cabaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.