Malaysian Attention Engine
Live wire
48Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar47Zulkifli teliti kes 288 individu dikaitkan ajaran Ahmadiyah Qadiani46'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat4413 lelaki termasuk remaja ditahan bergaduh di tokong43Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar43General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya36KDN didesak campur tangan kematian Noorizwan36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewConfirmedupdated 1 h ago

DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 13:33 MYTLatest activity 19 Oct, 13:53ENBMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah bertindak lebih tegas tanpa kompromi terhadap warga tempatan yang menyalahgunakan lesen perniagaan dengan membenarkan warga asing menggunakannya, termasuk menyenarai hitam mana-mana pemilik lesen yang melakukan kesalahan itu. (Berita Harian, 13:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah

By Noor Hidayah Tanzizi · 19 Oct, 13:33 MYT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah bertindak lebih tegas tanpa kompromi terhadap warga tempatan yang menyalahgunakan lesen perniagaan dengan membenarkan warga asing menggunakannya, termasuk menyenarai hitam mana-mana pemilik lesen yang melakukan kesalahan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata tindakan itu perlu dilakukan bagi membendung kegiatan warga asing berniaga tanpa lesen yang masih berleluasa terutama di ibu kota.

Katanya, beliau juga sudah meminta operasi pihak DBKL dipertingkatkan di Kuala Lumpur bagi memastikan lesen dikeluarkan benar-benar kepada pemohon.

"Kalau kita tahu dan mengesan warga Malaysia yang dapat lesen perniagaan tetapi dia 'sub' (memberikan lesennya) kepada warga asing, DBKL akan membatalkan lesen itu.

"Kita memang tidak akan berkompromi dengan perbuatan itu, malah kita terus senarai hitam pemilik lesen yang didapati berbuat demikian," katanya pada sidang media projek naik taraf bilik multisensori pendidikan khas, mengecat bangunan sekolah dan menaik taraf gelanggang mini serba guna Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Sinar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu warga asing yang masih berani menjalankan perniagaan tanpa lesen terutama di ibu kota yang didakwa masih belum diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Situasi itu juga mendorong beberapa pihak dalam kalangan rakyat tempatan mengambil tindakan sendiri termasuk meninjau dan mendedahkan lokasi warga asing terbabit.

Hannah berkata, DBKL sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan secara berkala di ibu kota dan warga asing menjalankan perniagaan tanpa lesen juga tidak akan diberikan sebarang kompromi dalam usaha membanteras kegiatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, PBT tidak boleh bertindak sendirian kerana kuasa mereka terhad mengikut akta yang dikuatkuasakan, justeru kerjasama antara agensi seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu diperkukuh.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota penguat kuasa DBKL yang ketika ini masih terhad dijangka diperluas kepada hampir keseluruhan anggota menerusi peruntukan tahun depan bagi meningkatkan keselamatan dan ketelusan sepanjang penugasan operasi dijalankan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Segambut itu berkata, pejabatnya menyalurkan RM99,367 melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kuala Lumpur kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Sri Sinar bagi membaik pulih dan menaik taraf bilik multisensori pendidikan khas serta mengecat bangunan sekolah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow14:00
Latest 14:35 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. Language
    First English coverage (Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 13:33 MYT
Origin confidence 90% · 20 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News · The Star, NST, The Edge (no own RSS)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.