Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ45CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Labourer claims trial to raping, sexually assaulting teenage stepdaughter44Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202744US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says43World : 17 Rescued, One Missing After Cargo Ship Sinks Off Indonesia's East Java42Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
NewUnconfirmedupdated 8 h ago

DDMS 3.0 dibangunkan secara dalaman, langkah penjimatan - KSN

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 04:15 MYTLatest activity 9 Oct, 04:15BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM: Pembangunan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 3.0 akan dilaksanakan secara dalaman melalui kerjasama strategik antara beberapa jabatan kerajaan sebagai langkah penjimatan kos. (Astro Awani (BM), 04:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Astro Awani (BM)
Astro Awani (BM)·News·BM·2 min read

DDMS 3.0 dibangunkan secara dalaman, langkah penjimatan - KSN

9 Oct, 04:15 MYT

SHAH ALAM: Pembangunan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 3.0 akan dilaksanakan secara dalaman melalui kerjasama strategik antara beberapa jabatan kerajaan sebagai langkah penjimatan kos.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata arahan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik Arkib Negara Malaysia (ANM), Jabatan Digital Negara (JDN), GovTech dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

“ANM akan memastikan prinsip pengurusan rekod diterapkan dalam reka bentuk sistem, sementara JDN dan GovTech menyediakan kepimpinan teknikal dalam seni bina sistem.

“CGSO pula akan memastikan aspek keselamatan maklumat, kawalan capaian dan perlindungan rekod terperingkat. Matlamatnya adalah agar DDMS 3.0 menjadi ekosistem rekod kerajaan yang lebih pintar, bersepadu, selamat dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam Tahun 2026 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Haslina Abdul Hamid di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Khamis.

Shamsul Azri berkata pembangunan DDMS 3.0 akan mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) memandangkan data raya kerajaan hanya boleh menjadi aset strategik apabila berasaskan rekod yang lengkap, tepat dan boleh dipercayai.

Dalam pada itu, beliau berkata catatan rekod adalah bukti amanah bagi setiap keputusan kerajaan, perbelanjaan awam dan tindakan yang menyentuh kepentingan rakyat untuk dicatat, dipelihara serta dirujuk semula.

“Rekod yang hilang, dimusnahkan atau disembunyikan tidak akan dapat melindungi hak rakyat dan tidak dapat mempertanggungjawabkan tindakan. Rekod hanya benar-benar bernilai apabila ia sahih, terpelihara dan boleh diakses,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata di bawah Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dengan jelas menetapkan bahawa rekod awam tidak boleh dimusnahkan tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah ANM.

“Justeru, saya menyeru semua ketua jabatan dan pegawai rekod supaya memberikan perhatian serius kepada pengurusan rekod. Dapatkan nasihat daripada ANM apabila terdapat keraguan tentang penyimpanan, pelupusan atau pembinaan rekod,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat yang mempunyai rekod dengan nilai sejarah supaya menyumbangkan rekod itu kepada ANM agar dapat dipelihara, didigitalkan dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Kita juga perlu berusaha mengenal pasti dan mendapatkan rekod berkaitan sejarah serta pentadbiran negara yang berada di arkib perpustakaan muzium atau institusi di luar negara,” katanya.

Pada majlis perasmian itu, Shamsul Azri turut melancarkan Manual Penggunaan Klasifikasi Fail Urusan Am Sektor Awam 2026 dan Garis Panduan Penggunaan Tandatangan Digital dalam DDMS bagi memperkukuh pelaksanaan pengurusan rekod digital di sektor awam.

Pelancaran kedua-dua dokumen itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan bagi menyeragamkan amalan pengurusan rekod serta memperkukuh pelaksanaan urusan rasmi secara digital yang lebih sistematik, selamat dan berintegriti.

-- BERNAMA

Text and pictures from Astro Awani (BM), shown with attribution.Read at Astro Awani (BM)

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 19NEWnow08:0009:0010:0011:0012:00
Latest 12:45 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
9 Oct, 04:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    04:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.