
Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BANGI - Helah umpan individu lengkap dengan lesen memandu bagi memantau kehadiran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melaksanakan operasi kesalahan jalan raya membabitkan warga asing dikesan pada Khamis.Taktik itu dikesan hasil Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dilaksanakan JPJ Selangor di sekitar Seksyen 7, di sini.Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, taklimat operasi bermula jam 6 pagi di JPJ Cawangan Bangi.Menurutnya, JPJ bertindak menyita 24 motosikal jenis Modenas Kriss serta Honda EX5 yang ditunggang warga Bangladesh dan Pakistan."Kita mengeluar (Sinar Harian, 16:48)
Read the reporting
4 reports
Op Pewa: Klang, Selayang, Puchong antara 'hotspot' pemandu warga asing
harisfadli@hmetro.com.my
Klang: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan mengadakan operasi besar-besaran bagi membanteras bukan sahaja pemandu warga asing (Pewa), malah pemilik atau majikan yang membenarkan golongan itu menggunakan kenderaan.
Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kehadiran Pewa tanpa lesen sah di negeri itu dan antara kawasan 'panas' termasuk di Klang, Selayang, Ampang, Subang Jaya, dan Puchong.
"Bukan sahaja pemandu, pemilik semua kena tindakan. Sebab kes Pewa ini tiada kompaun diberikan, kita bawa terus ke mahkamah, selesai di mahkamah baru boleh keluarkan kenderaan yang disita. Jadi pemilik kena hadir ke mahkamah.
"Isu Pewa ini di semua daerah di Selangor ada, tetapi kalau kita tengok, banyaknya seperti di Ampang, Selayang, dekat Meru Klang ini pun ada, Subang Jaya pun ada, Puchong pun ada.
"Jadi, JPJ Selangor memang akan terus mengadakan operasi ini secara berterusan, bukan bermusim. Saya tegaskan bahawa JPJ Selangor akan membuat operasi ini di setiap daerah," katanya pada sidang media selepas mengetuai Ops Pewa di Meru, di sini, hari ini.
Ahmad Kamarunzaman berkata, operasi yang bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir 10.00 pagi itu berjaya mengesan serta menyita 51 kenderaan Pewa membabitkan 48 motosikal, satu kereta dan dua lori (kenderaan perdagangan).
Katanya, secara keseluruhannya JPJ memeriksa sebanyak 131 pelbagai jenis kenderaan dan 578 notis dikeluarkan sepanjang operasi itu membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Kesalahan paling banyak dikesan hari ini antaranya membabitkan isu teknikal kenderaan sebanyak 102 kes, tiada lesen memandu (95), serta tiada cukai jalan dan insurans (48).
"Antara warga asing yang ditahan membabitkan warga Bangladesh seramai 13 orang, Indonesia (7), India (8), Myanmar (11), Pakistan (10) dan lain-lain negara (2)," katanya.
Menurutnya, warga asing yang mempunyai dokumen lengkap dibenarkan untuk memiliki malah memandu kenderaan sekiranya mereka ada lesen memandu yang sah, namun ramai dalam kalangan mereka didapati melanggar peraturan itu.
Katanya, JPJ turut mengesan segelintir warga tempatan yang tidak bertanggungjawab menyewakan motosikal atau kenderaan kepada golongan Pewa tanpa lesen memandu sah.
"Kami memberi perhatian khusus kepada isu Pewa terutama yang bekerja sebagai pemandu kenderaan perdagangan, kenderaan barang dan lain-lain.
"Kenderaan seperti itu mempunyai risiko keselamatan yang lebih tinggi sekiranya dikendalikan oleh individu yang tidak mempunyai kelayakan, lesen, atau kompetensi yang ditetapkan.
"JPJ Selangor tidak mahu aspek keselamatan jalan raya dipandang ringan. Majikan, pemilik, dan pemandu kenderaan juga mempunyai tanggungjawab. Jangan hanya mengambil kira kos tenaga kerja tetapi mengabaikan aspek kelayakan dan keselamatan," katanya.
Beliau menegaskan kepada pihak majikan khususnya supaya tidak membenarkan pekerja warga asing mahupun tempatan memandu kenderaan sekiranya tiada lesen sah.
Katanya, operasi akan dijalankan secara risikan, bersasar dan berterusan di lokasi yang sudah dikenal pasti di seluruh Selangor terutama di kawasan komersial, pusat logistik, kawasan industri dan di laluan-laluan utama.
Ahmad Kamarunzaman berkata, operasi dilaksanakan pada masa dan lokasi yang bersesuaian berdasarkan analisis data serta maklumat risikan bagi mengelakkan pendekatan penguatkuasaan yang hanya bersifat bermusim.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- 5 independent sources
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
- NewsFirst news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source
- NewsFirst news outlet reports it (Harian Metro) source
- StateRising
3 sources, growth +100%, z 1.8
- StateAccelerating
growth +100% with positive acceleration
- StatePeak
acceleration no longer positive
- StateCooling
velocity 0.017/min under half of peak 0.050
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

