Malaysian Attention Engine
Live wire
3127 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB30Walimatulurus Bella Astillah, Syed Saddiq himpun kira-kira 3,000 tetamu29Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf29Politics : Melaka Polls: Undi18, Automatic Registration Of Voters Give Challenges To BN28General : Sultan Sharafuddin's 25-year Reign Reflects Deep Concern For People's Welfare, Unity27Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji27Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis27Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa27RUU E-Dagang dibentang tahun depan - Fuziah26Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’25Hujan lebat 2 jam, 9 kawasan di Pangkor banjir
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Demi anak syurgaku

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 22:38 MYTLatest activity 18 Oct, 22:38BMconfidence 60%

What happened

Demi anak syurgaku (Harian Metro, 22:38)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Demi anak syurgaku

By Ahmad Hasbi · 18 Oct, 22:38 MYT

am@hmetro.com.my

Seremban: Seorang bapa menghasilkan sendiri beberapa alat khas menggunakan pencetak 3D, untuk anak istimewanya yang berdepan masalah pergerakan terbatas.

Antara alat yang dihasilkan Ameer Adzwan Rusli, 33 adalah kerusi roda kanak-kanak atau 'todler mobiliti trainer', alat bantu makan, alat apungan tangan dan penyokong kepala.

Anaknya, Muhammad Areeq Eilman Ameer Adzwan, 4, yang mesra dengan panggilan Eilman, disahkan menghidap Arthrogryposis Multiplex Congenital (AMC) iaitu sejenis penyakit jarang jumpa (RD), membabitkan sendi yang mengehadkan pergerakan sejak lahir.

Ameer Adzwan berkata, sebelum ini anaknya hanya duduk di kerusi kereta sorong bayi yang diubah suai, namun dia cuba mengambil inisiatif supaya anaknya mencuba untuk melakukan pergerakan sendiri dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Ameer Adzwan yang bekerja sebagai editor bebas berkata, dengan adanya kerusi roda itu sejak sebulan lalu, anak tunggalnya kini dilihat lebih berkeyakinan untuk bergaul dengan rakan-rakan.

"Saya membuat kajian di internet mengenai kanak-kanak yang menghidap situasi sama dan terjumpa satu rekaan kerusi roda daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di luar negara.

"Alat seperti tiada di negara ini dan hanya dijual di luar negara selain harganya juga mahal. Jika dibeli sekali pun, ia mungkin tidak sesuai dengan keperluan Eilman.

"Jadi saya membeli mesin pencetak 3D berharga RM2,000 supaya saya boleh hasilkan sendiri segala peralatan mengikut kesesuaian dan keperluan Eilman," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.

Jelasnya, dia mula mereka kerusi berkenaan berdasarkan rekaan asal sebelum menghasilkannya dalam masa kira-kira sebulan sebelum disiapkan sepenuhnya.

Tambahnya, sejak menggunakan kerusi roda terbabit, Eilman dilihat lebih gembira, lebih yakin untuk bermain dengan kanak-kanak lain, malah menganggap kemudahan itu seperti alat permainan.

Jelasnya lagi, antara alasannya mula menghasilkan alat bantu pergerakan itu kerana mengambil kira usia anaknya itu yang akan mula masuk ke sekolah didikan awal, tahun depan.

"Tahun depan dia akan mula masuk ke sekolah jadi kami kena ajarnya ke arah mobiliti sendiri supaya lebih senang jika ke sekolah nanti yang mana tidak memerlukan perhatian guru sepenuhnya," katanya.

Bercerita mengenai alat bantu makan pula, Ameer Adzwan berkata, peralatan itu baru sahaja mula digunakan Eilman dan anaknya kini semakin mahir mengendalikannya.

"Keadaan tangan Eilman yang kecil dan membengkok menyukarkannya untuk makan sendiri. Dengan adanya alat ini, Eilman boleh makan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada bantuan," katanya.

Walaupun Eilman mempunyai keterbatasan dari segi fizikal, Ameer berkata, kepetahan anaknya itu bercakap sedikit sebanyak melegakan dia dan isterinya, Ummi Syahira Roslan, 33.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang mendengar Eilman bercerita mungkin tidak menyangka kanak-kanak itu berdepan keterbatasan fizikal.

"Malah Eilman juga cepat tangkap jika belajar. Dia diuji dengan fizikal tetapi tuhan beri kelebihan lain seperti petah bercakap dan senang belajar," katanya.

Ameer berkata, dia merancang menghasilkan lebih banyak peralatan khas bagi memudahkan urusan harian Eilman termasuk mencipta alat kawalan untuk kerusi roda itu supaya anaknya senang menyesuaikan diri apabila menggunakan kerusi roda orang dewasa kelak.

Katanya, usaha itu diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada anaknya untuk belajar, bermain dan bergaul seperti kanak-kanak lain, selain membina keyakinan diri melalui kemampuan melakukan aktiviti secara sendiri.

Mengulas mengenai keadaan Eilman, Ummi Syahira berkata, anaknya itu disahkan menghidap penyakit terbabit ketika usia kandungannya lima bulan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow23:00
Latest 23:04 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 22:38 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    22:38

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Demi anak syurgaku
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.