Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

DMPM bantah larangan tudung di sekolah di Kedutaan Azerbaijan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:42 MYTLatest activity 17 Oct, 09:42BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) menyuarakan bantahan terhadap larangan pemakaian tudung di sekolah di Azerbaijan ketika mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Azerbaijan di sini.Ketua DMPM, Nuridah Mohd Salleh berkata, isu berkenaan menimbulkan kebimbangan berkaitan kebebasan beragama dan hak pelajar Muslim mengamalkan tuntutan agama dalam persekitaran pendidikan.Kunjungan itu turut membuka ruang dialog dua hala mengenai isu kemasyarakatan, pembangunan dan pemerkasaan wanita serta hal ehwal antarabangsa.Delegasi DMPM turut disertai Timbalan Ketua DMPM, Dr Rosni Adam; Pengerusi (Sinar Harian, 09:42)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Kunjung hormat DMPM ke Kedutaan Azerbaijan buka ruang dialog dua hala

By Sinar Harian · 17 Oct, 09:42 MYT

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Azerbaijan bagi memperkukuh hubungan dan membuka ruang dialog dua hala antara Malaysia dengan Azerbaijan, khususnya berkaitan pemerkasaan wanita, perkembangan semasa negara itu serta isu kebebasan beragama dan kemanusiaan.Delegasi DMPM diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh; Timbalan Ketua DMPM, Dr. Rosni Adam, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa DMPM merangkap Ahli Parlimen Tumpat; Mumtaz Md Nawi dan Ahli Jawatankuasa DMPM, Dr. Siti Aminah Muhammad Imran.Kunjungan ini turut disertai Pengerusi Sekretariat Tugas-Tugas Khas Wanita UMNO, Datuk Waheeda Farus; Ketua Wanita Wawasan Negara, Dayang Saniah Awang Hamid serta wakil rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk I-Aware, INSPIRE, Siswa Pas dan Negarawati.Nuridah berkata, pertemuan tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai sejarah pemerkasaan wanita Azerbaijan serta keperitan rakyatnya membangunkan semula negara selepas mencapai kemerdekaan.Katanya, pengalaman wanita Azerbaijan dalam menghadapi cabaran pembangunan negara dan membina kehidupan masyarakat turut menjadi antara perkara yang mendapat perhatian."Perbincangan juga menyentuh usaha pembangunan semula Azerbaijan, termasuk pemulihan masjid serta penyediaan penempatan untuk rakyat yang terkesan akibat peperangan dan penjajahan," katanya.Perkara berkaitan usaha membina semula lebih 3,000 masjid dan menyediakan penempatan bagi lebih sejuta rakyat yang kehilangan tempat tinggal turut diketengahkan dalam perkongsian tersebut.Dalam aspek pemerkasaan wanita, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan wanita sebagai penggerak pembangunan masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan, kebajikan, pembangunan keluarga dan kepimpinan komuniti."Perkongsian pengalaman ini diharapkan dapat memperkukuh persefahaman serta membuka peluang kerjasama yang lebih luas antara pertubuhan wanita Malaysia dan Azerbaijan," kataNuridah lagi.Selain itu, katanya, DMPM turut menyampaikan keprihatinan terhadap isu larangan pemakaian tudung di sekolah di Azerbaijan."Isu ini dibangkitkan dalam semangat dialog dan diplomasi, dengan menekankan kepentingan menghormati kebebasan beragama serta hak pelajar Muslim untuk mengamalkan tuntutan agama mereka dalam persekitaran pendidikan," katanya.Kunjungan ini turut membawa mesej solidariti terhadap isu kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat.DMPM menegaskan bahawa keamanan, keadilan, keharmonian dan penghormatan terhadap maruah insan merupakan asas penting dalam membina hubungan antarabangsa yang saling menghormati."DMPM berharap pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada dialog yang konstruktif dan berterusan antara Malaysia dengan Azerbaijan, sekali gus membuka ruang kepada pertukaran pengalaman, kerjasama strategik dan usaha bersama dalam memperkasakan wanita serta membangunkan masyarakat," katanya.Beliau berkata, hubungan antarabangsa bukan sekadar tentang perbezaan pandangan, tetapi juga tentang kesediaan untuk berdialog, memahami pengalaman satu sama lain dan mencari titik persamaan demi kesejahteraan manusia sejagat.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:0011:0012:00
Latest 12:14 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
17 Oct, 09:42 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:42

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

DMPM bantah larangan tudung di sekolah di Kedutaan Azerbaijan · Malaysian Attention Engine