Malaysian Attention Engine
Live wire
50Putrajaya mulls longer jail terms, higher fines for rail cable theft to protect public safety, says Loke49Hijjaz 3 Dekad Nostalgia nasyid, iringan Orkestra Simfoni Istana Budaya47General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow425 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri40Bersatu rep gets show-cause notice for attending Umno AGM38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36190 foreigners held in Pudu entertainment centre raid early today36Business : Zetrix AI Given Until Oct 22 To Remedy Sukuk Breach Or Face Payment Default35Negara ASEAN perlu ambil langkah kolektif atasi jerebu rentas sempadan - MMA35Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy35General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid34Bapa kritikal di ICU, Kmy Kmo mohon doa orang ramai
NewConfirmedupdated 1 h ago

Hilary Swank hamil anak ketiga pada usia 52 tahun

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 11:38 MYTLatest activity 17 Oct, 11:42BMconfidence 80%

What happened

Hilary Swank hamil anak ketiga pada usia 52 tahun (Berita Harian, 11:42)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Hilary Swank hamil anak ketiga pada usia 52 tahun

17 Oct, 11:42 MYT

Susunan Tahir AlHamzah

LOS ANGELES: Pemenang dua trofi Oscar, Hilary Swank, bakal menimang cahaya mata ketiga pada usia 52 tahun, iaitu tiga tahun selepas melahirkan pasangan kembar hasil perkahwinannya dengan usahawan, Philip Schneider.

Bintang filem Million Dollar Baby itu mengumumkan berita gembira menerusi video bersahaja di Instagram (IG), sekali gus mendedahkan bayi terbaharunya dijangka dilahirkan, Disember ini.

Video berkenaan memaparkan Schneider bersama pasangan kembar mereka yang kini berusia tiga tahun, Aya dan Ohm, menari dalam suasana gelap dengan batang bercahaya dilekatkan pada tubuh masing-masing. Swank kemudian menyertai mereka dengan memperlihatkan bentuk figura bercahaya pada bahagian perutnya yang semakin membesar.

Diiringi lagu hit kumpulan rock Kanada, Bachman-Turner Overdrive berjudul You Ain't Seen Nothing Yet yang diterbitkan pada 1974, video itu disertakan kapsyen bersahaja, lapor agensi.

"Ramai yang bertanya projek seterusnya yang akan saya lakukan. Projek ini akan dilancarkan pada Disember," tulisnya.

Selain berkongsi berita kehamilan, Swank turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita yang bimbang peluang mereka untuk bergelar ibu mungkin sudah terlepas.

Seorang pengikut berusia 39 tahun berkongsi bahawa dirinya masih bujang dan belum mempunyai anak, selain mengakui berita kehamilan pelakon itu memberikan harapan bahawa impiannya untuk membina keluarga masih boleh menjadi kenyataan.

Membalas perkongsian wanita berkenaan, Swank menulis:

"Ia masih boleh berlaku. Saya sentiasa berpegang pada prinsip bahawa sesuatu perkara berlaku mengikut waktunya, bukan mengikut kehendak kita, dan itulah yang sentiasa berlaku dalam kehidupan saya."

Swank mengakui bukan mudah untuk mempercayai bahawa segala-galanya akan berlaku pada waktu yang tepat, sebelum mendoakan agar wanita itu dikurniakan keyakinan yang teguh serta keindahan hidup yang melimpah dalam perjalanan hidupnya.

Perkongsian itu mencerminkan perjalanan Swank sendiri untuk bergelar ibu. Beliau berusia 48 tahun ketika melahirkan Aya dan Ohm pada April 2023, sekali gus merasai pengalaman bergelar ibu buat kali pertama.

Pelakon itu sebelum ini mendedahkan pernah membekukan ovum ketika berusia 37 tahun sebelum menggunakannya untuk mendapatkan zuriat kembar berkenaan.

Pengumuman kehamilan terbaharunya itu menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti, termasuk pelakon Michelle Monaghan serta pengarah filem, Deon Taylor.

Keluarga Swank dijangka menyambut kelahiran anggota baharu sekitar sambutan Krismas, manakala pasangan kembarnya dilaporkan teruja untuk bergelar abang dan kakak.

Swank mendirikan rumah tangga dengan Schneider pada 2018. Beliau sebelum ini berkongsi pengalaman dan kebahagiaan menjadi ibu pada usia yang lebih matang, termasuk peluang membina kerjaya lakonan sebelum memberikan tumpuan kepada tanggungjawab membesarkan anak-anak.

Swank memenangi dua trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Boys Don't Cry pada 1999 dan Million Dollar Baby pada 2004.

Berita kehamilan terbaharunya itu sekali lagi menarik perhatian terhadap perjalanan peribadinya, selain mesej yang ingin disampaikan bahawa kehidupan tidak semestinya berjalan mengikut garis masa yang dirancang atau dijangkakan seseorang. - AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow12:00
Latest 12:09 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 11:42 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:42

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Hilary Swank hamil anak ketiga pada usia 52 tahun
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.