Malaysian Attention Engine
Live wire
57Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara53General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times53Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar50Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202744Peningkatan SARA beri kelegaan kepada B40 dan M4041Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 20274013 kanak-kanak tadika jadi tebusan, polis tembak penyerang40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi39Budget 2027: All Malaysians to be automatically registered with EPF at 1838World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia36Bahasa Melayu perlu perkasa peranan sebagai bahasa ilmu
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Doctor Toys usia 77 tahun beri 'nyawa kedua' mainan rosak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 14:39 MYTLatest activity 10 Oct, 14:39BMconfidence 60%

What happened

Doctor Toys usia 77 tahun beri 'nyawa kedua' mainan rosak (Harian Metro, 14:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Doctor Toys usia 77 tahun beri 'nyawa kedua' mainan rosak

By Redzuan Muharam · 10 Oct, 14:39 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Ketika individu seusianya berehat di rumah dan bermain dengan cucu, Tan Guan Poh atau mesra disapa Uncle GP masih aktif dengan kerja sambilannya sebagai 'perawat mainan' walaupun umurnya sudah mencecah 77 tahun.

Khidmat ditawarkan Uncle GP mendapat permintaan hingga ramai mencarinya untuk membaiki dan memberi 'nyawa' kedua buat mainan mereka yang sudah rosak malah ada yang menggelarkannya 'Doctor Toys' kerana kepakarannya itu.

Menceritakan kisahnya, Uncle GP yang menetap di USJ 14 di sini, berkata, dia pernah bekerja sebagai jurutera proses di sebuah kilang elektronik selama 10 tahun iaitu bermula awal 80-an hingga 1991.

Katanya, pengalaman mengendalikan barangan elektronik itu enggan disia-siakan dan digunakan untuk bekerja di bawah Zero Waste Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di pusat hab komuniti kelestarian dikenali The Xchange di PARC, di sini.

Bagi Uncle GP, pusat itu bukan sekadar 'klinik' mainan malah tempat, terapi buatnya dan kerana itu dia teruja setiap kali datang ke situ bagi menyempurnakan misi memastikan mainan yang rosak kembali 'bernyawa.'

"Sebelum bekerja sambilan di sini, saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai sukarelawan di sebuah perpustakaan mainan selama hampir empat bulan.

"Bagaimanapun, perpustakaan itu tidak bertahan dan akhirnya ditutup. Kemudian, seorang rakan syorkan saya bekerja di sini.

"Jadi saya cuba mohon dan diterima bekerja di sini, sejak dua tahun lalu malah teruskan sampai sekarang," katanya kepada Harian Metro.

Bercerita lanjut, Uncle GP berkata, dia berada di pusat berkenaan pada setiap Khamis, Jumaat dan ada kalanya Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Menurut Uncle GP, pelbagai jenis mainan diterima dan kebiasaannya membaiki dan menukar tapak bateri berkarat yang menjadi punca kerosakan.

Katanya, sehingga kini dia sudah membaiki lebih 100 mainan dengan pelanggan dikenakan caj oleh pihak pengurusan bergantung kepada tahap kerosakan.

"Paling cepat saya boleh baiki dalam masa setengah jam dan ada juga sampai dua hingga tiga jam bergantung kerosakan sesuatu mainan.

"Agak rumit jika plat atau tapak bateri sudah berkarat kerana bukan hanya perlu bersihkan tapi buka komponen di dalamnya jika kerosakan serius... nak baiki alat kawalan jauh pun agak susah kerana saya belum begitu mahir.

"Tapi kebiasaannya dapat dibaiki dan kebiasaannya, kita minta pelanggan menunggu sekurang-kurangnya dua minggu untuk mengambil semula mainan mereka walaupun boleh disiapkan (dibaiki) dengan cepat," katanya yang juga bapa empat anak dan datuk kepada 10 cucu.

Berkongsi pengalamannya, Uncle GP berkata, setiap mainan itu ada kisahnya yang tersendiri malah mempunyai nilai sentimental buat pemiliknya.

"Lebih setahun lalu, ada seorang pelanggan datang membawa mainan kereta api lama yang sudah 60 tahun rosak.

"Katanya, mainan itu adalah pemberian bapanya ketika dia berusia 12 tahun dan masih disimpan kerana menyimpan banyak nostalgia.

"Dia minta saya baiki dan katanya satu keajaiban jika saya dapat bantu mainan itu berfungsi semula. Saya cuba buat yang terbaik dan berjaya... pelanggan itu sangat gembira dan berikan mainan berkenaan kepada cucunya," katanya yang turut menonton video di YouTube dan Internet sebagai panduan serta menambah ilmu membaiki mainan.

Uncle GP berkata, ada juga mainan sumbangan individu perseorangan dan dibaiki untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penempatan Orang Asli.

"Antaranya anak patung dan bila berikan misalnya kepada anak Orang Asli, mereka terus peluk malah nampak riak wajah mereka yang gembira.

"Itu yang seronok dan kepuasan sebenar saya adalah apabila dapat 'menghidupkan' semula mainan pelanggan dan buat mereka tersenyum. Ikutkan ada juga yang tak dapat diselamatkan kerana komponen asal sudah lama dan susah nak cari alat gantinya.

"Tapi macam mana sekalipun, saya akan cari jalan untuk ubah suai sehingga mainan itu kembali berfungsi kerana saya bukan orang yang mudah berputus asa," katanya yang pernah mengajar sekumpulan penuntut kolej mengenai cara membaiki mainan selain gemar ke hospital sekitar bagi memberi semangat kepada pesakit pada waktu terluang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:0016:0017:00
Latest 17:20 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
10 Oct, 14:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Doctor Toys usia 77 tahun beri 'nyawa kedua' mainan rosak · Malaysian Attention Engine