
Dua anak kepada wanita OKU mati ditikam masih di institusi JKM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Dua anak kepada wanita OKU mati ditikam masih di institusi JKM (Harian Metro, 09:13)
Read the reporting
1 report
Dua anak kepada wanita OKU mati ditikam masih di institusi JKM
am@hmetro.com.my
Ipoh: Dua anak kepada wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat ditikam di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar, pada 23 September lalu, sehingga kini masih ditempatkan di institusi bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sehingga kini, tiada ahli keluarga yang layak datang menuntut dua remaja berusia 13 dan 17 tahun itu yang kedua-duanya juga adalah OKU.
Menurutnya, dua remaja yang juga anak mangsa kejadian itu boleh dituntut keluarga selepas disahkan layak melalui proses penilaian dan tapisan, dengan penuntut tidak dimestikan harus menunggu sehingga mereka yang dituntut berusia 18 tahun.
"Biasanya bagi kes macam ini, kita akan dapatkan perlindungan mahkamah untuk mereka (mangsa) ditempatkan pada institusi JKM demi memastikan mereka dalam keadaan selamat. Namun tiada ahli keluarga yang nak ambil mereka.
"Mungkin kalau ada ahli keluarga yang datang nak ambil mereka pula maka kita akan buat penilaian dulu sama ada individu itu layak atau tidak. Namun, setakat ini dua remaja itu masih di institusi JKM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian program Wonderful Life: Program Kesedaran Keganasan Rumah Tangga JKM Negeri Perak Tahun 2026 di Hotel Casuarina, di sini, petang semalam.
Ia turut dihadiri Pengarah JKM Perak, Ismail Arul Raj Amirudin.
Pada 23 September lalu, akhbar ini melaporkan seorang wanita OKU lembam, 49, ditemukan meninggal dunia dengan kesan tusukan di betis di Kampung Cheh Hilir, dengan sebab kematian kemudiannya disahkan adalah akibat pendarahan berlebihan.
Susulan kejadian itu, seorang anak lelaki mangsa berusia 15 tahun yang juga OKU autistik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada 30 September lalu atas tuduhan membunuh ibunya tanpa niat.
Mahkamah kemudiannya menetapkan remaja berkenaan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.
Susulan kematian wanita itu, suaminya, 44, yang juga bapa kepada suspek turut direman selama tujuh hari, namun kemudiannya dibebaskan dan dijangka dijadikan saksi pendakwaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.