Malaysian Attention Engine
Live wire
50Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar46Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM45Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran36Business : CelcomDigi, Maxis Accept MCMC Spectrum Awards36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35General : 44 Leatherback Turtle Eggs Laid In Marang Found Unfertilised - DOF35Time for PAS to take over opposition leader role, says Puad35PH reps slam Negeri Sembilan govt over postponed legislature sitting35Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri35General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents34Pegawai kerajaan maut ditikam suami34China says can ‘easily win’ confrontation with Philippines
NewConfirmedupdated 2 h ago

Dua bulan tidak cuti buat strategi pemasaran filem – Aedy Ashraf

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 10:00 MYTLatest activity 16 Oct, 10:00BMconfidence 80%

What happened

ISU filem tak laku masih lagi menjadi perbahasan yang mencuri tumpuan peminat filem Malaysia. Ada yang kekal menyalahkan selera penonton; didakwa enggan menyokong naskhah selain aksi dan seram hinggalah ‘ritual’ menunggu filem memasuki platform penstriman. (Utusan Malaysia, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Dua bulan tidak cuti buat strategi pemasaran filem – Aedy Ashraf

By . WAFA AULA · 16 Oct, 10:00 MYT

ISU filem tak laku masih lagi menjadi perbahasan yang mencuri tumpuan peminat filem Malaysia. Ada yang kekal menyalahkan selera penonton; didakwa enggan menyokong naskhah selain aksi dan seram hinggalah ‘ritual’ menunggu filem memasuki platform penstriman.

Bagaimanapun, tidak adil menyalahkan satu pihak sahaja kerana pada akhirnya dalam dunia ekonomi semakin menekan ini, semua orang ada hak untuk memilih bagaimana duit dibelanjakan.

Enggan memandang sebelah mata, upaya dan strategi pemasaran yang diguna pakai penerbit juga wajar dipersoalkan. Adakah model perniagaan mereka ‘menjual’ filem ke panggung dianggap sudah cukup meyakinkan? Selaku penerbit muda yang mana filem perdananya berjaya membolosi kutipan lebih RM10 juta, Aedy Ashraf berkata, penting untuk penerbit filem mempunyai mentaliti ‘tidak boleh gagal’.

Tanpa menafikan soal rezeki, Aedy dan pasukan rumah produksi Alpha47 Films berkata, mereka percaya kepada kerja keras termasuklah menekankan soal pemasaran filem. Perkara itu yang diberi tumpuan menyebabkan Tarung: Unforgiven berjaya mengutip RM20.3 juta ringgit sepanjang tayangannya.

“Di bawah rezeki adalah kerja keras. Saya tak kata orang lain yang buat filem tidak bekerja keras, cuma kami di Alpha47 ada mentaliti tidak boleh gagal. Itu menjadi prinsip saya dan pengarah Razaisyam Rashid pegang.

“Kami menjaga produk, sama seperti bayi. Apabila masuk kepada bab pemasaran memang kami lakukan habis-habisan. Sepanjang dua bulan, kami tidak cuti bekerja dari Isnin sampai Ahad.

“Saya fikir Allah itu Maha Adil, mungkin Dia nampak kami bekerja kuat gila dan Dia beri apa yang kami mahu. Saya rasa itu formulanya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia , baru-baru ini.

Lebih seronok menjalani perjalanan baharunya, Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata fokusnya sekarang lebih tertumpu kepada kerja penerbitan dan hanya berlakon dalam filem terbitannya sahaja buat masa ini.

“Buat masa sekarang ini saya nak fokus sebagai penerbit. Kalau saya berlakon sekalipun, dalam filem saya sendiri sahaja. Sebab ini apa yang saya impikan 10 tahun lepas dan sekarang saya sedang menjalaninya.

“Tapi kalau ada cerita yang sangat bagus, yang lain daripada yang lain, saya akan buatlah. Tapi fokus saya sekarang sekali lagi adalah pada Alpha47 sahaja,” jelasnya.

Tarung: Unforgiven menjaya membolosi 10 pencalonan untuk Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35, selepas Malam Terlarang dan Khadam masing-masing dengan 12 pencalonan. Walaupun Tarung tidak berjaya membolosi kategori Filem Terbaik, Aedy tetap berpuas hati dengan senarai yang diumumkan FFM, baru-baru ini.

“Tercalon dalam 10 kategori FFM untuk filem pertama sudah menjadi impian kami di Alpha47 sebab projek ini sudah kami usahakan selama dua tahun untuk capai tahap ini.

“Cuma kami tidak tercalon dalam Filem Terbaik, namun tidak mengapa kategori lain pun besar juga dan saya berharap ia akan membuahkan hasil sedikitlah.

“Secara keseluruhannya, ‘Top 5’ setiap kategori dipertandingkan sudah cukup kuat untuk bersaing. Saya dan seluruh pasukan sangat bersyukur,” katanya.

Terdahulu Tarung: Unforgiven membolosi 10 kategori FFM iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan, Penataan Bunyi Terbaik, Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, dan Tatarias Solekan Terbaik.

Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) dijadualkan berlangsung pada 21 November 2026.

The post Dua bulan tidak cuti buat strategi pemasaran filem – Aedy Ashraf appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow
Latest 10:42 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.