Malaysian Attention Engine
Live wire
60General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident51Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat47Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching46Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E45DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan44Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus44Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-043World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday36Indonesia belum jawab tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran Kalimantan - Zahid36Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy36Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik36Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar
NewConfirmedupdated 2 h ago

‘Dulu ibu selalu dengan arwah, dia tahu cara jiwai lagu’

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 10:00 MYTLatest activity 12 Oct, 10:00BMconfidence 80%

What happened

‘Dulu ibu selalu dengan arwah, dia tahu cara jiwai lagu’ (Google News Malaysia (BM), 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

‘Dulu ibu selalu dengan arwah, dia tahu cara jiwai lagu’

By MUHAMMAD HAIKAL RAMLI · 12 Oct, 10:00 MYT

TIDAK mudah mewarisi nama besar, apatah lagi apabila darah seni mengalir daripada insan pernah meninggalkan jejak mendalam dalam khazanah muzik tanah air namun, bakat baharu Hadie Elfardie memilih jalan sendiri.

Pada usia 18 tahun, anak kepada pasangan Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim itu tampil mempertaruhkan suara menerusi single sulung, Dusta Sebuah Cinta sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya.

Kemunculan itu hadir bersama tanggungjawab besar. Hadie sedar, namanya tidak pernah benar-benar terpisah daripada bayangan arwah bapanya, apatah lagi Suhaimi pernah dikenali sebagai penyanyi berkumpulan sebelum meneruskan perjalanan secara solo.

Pun begitu, pemilik nama lengkap Ehmad Hadie Elfardie Suhaimi itu percaya legasi bukan untuk dibayangi selamanya tetapi menjadi akar untuk tumbuh lebih teguh.

Justeru, Dusta Sebuah Cinta menjadi medan Hadie mencari warna suara dan identiti sendiri, meskipun proses menghidupkan karya ciptaan Jaja Ishak dengan lirik bersama Herman Shah itu mengambil masa hampir lima bulan.

Ujar anak sulung daripada empat beradik itu, cabaran paling besar bukan sekadar menghafal lirik atau mendapatkan melodi, sebaliknya menyelami watak serta emosi di sebalik setiap bait lagu supaya kisah terbabit mampu sampai kepada pendengar.

“Lagu ini berkisarkan sebuah hubungan. Sepatutnya dalam sesebuah hubungan, kedua-dua pihak saling menjaga, tetapi dalam kisah ini hanya seorang berusaha mempertahankannya.

“Pertama kali menyanyikan lagu ini memang susah untuk mendapatkan melodi, menghafal lirik, memahami karakter dan menjiwai lagu bagi saya sebagai pendatang baharu.

“Saya mengambil masa sekitar lima bulan untuk benar-benar mendapatkan roh serta makna lagu ini dan menyampaikan ceritanya,” katanya kepada HibGlam.

Tambah pemenang tempat kelima Talk To My Manager (TTMM) musim pertama itu, dia pernah bertanyakan kepada ibunya mengenai pendekatan Allahyarham Suhaimi ketika mendapatkan jiwa sesebuah lagu.

“Ibu banyak bersama arwah ayah dan tentunya lebih mengetahui cara ayah mendapatkan jiwa sesebuah lagu.

“Ibu selalu mengingatkan saya supaya banyak duduk sendirian, dengar lagu sendiri dan cuba memahami karya itu supaya benar-benar masuk ke dalam jiwa,” ujarnya.

Dalam usaha mencari identiti diri, Hadie turut menjadikan perjalanan seni bapa tercinta sebagai rujukan. Bukan meniru, tetapi memahami cara arwah membina karakter dalam lagu, mengawal vokal serta membawa karya mengikut rentak berbeza.

“Saya banyak mendengar lagu arwah ayah, daripada zaman berkumpulan, kemudian solo dan karya-karya selepas itu. Saya dengar semula seorang diri sambil menghayati cara dia membawa sesebuah lagu.

“Saya perhatikan bagaimana dia menyampaikan lagu rancak, bagaimana pula dia membawa lagu perlahan. Daripada situ saya cuba memperbaiki diri sedikit demi sedikit,” kongsinya.

Menyepi seketika selepas TTMM, Hadie tidak menafikan terselit rasa bimbang namanya semakin tenggelam andai terlalu lama berdiam diri dan berharap Dusta Sebuah Cinta menjadi percubaan untuknya membuka semula pintu industri dengan sesuatu lebih segar.

“Kadang-kadang memang ada rasa risau, tetapi saya cuba juga menghasilkan sesuatu yang baharu. Kalau hendak bergantung kepada ‘hype’ ketika TTMM dulu untuk naik semula, agak sukar.

“Jadi, kita perlu teruskan juga, walaupun dalam hati ada kerisauan. Insya-Allah, dengan adanya Dusta Sebuah Cinta ini, harap nama saya perlahan-lahan naik semula,” tuturnya.

Walaupun single sudah dilancarkan, Hadie belum mahu terlalu cepat menarik nafas lega kerana baginya, kepuasan sebenar hanya hadir apabila karya itu mencapai sasaran dan semakin dikenali pendengar.

“Belum boleh rasa lega, tapi saya bersyukur sudah mempunyai single dan lagu sendiri,” tutupnya.

Naskhah syahdu itu boleh didengari di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music, manakala video visualiser boleh ditonton di saluran Youtube Jaja Ishak serta MVM Music.

The post ‘Dulu ibu selalu dengan arwah, dia tahu cara jiwai lagu’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow11:0012:00
Latest 12:18 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  3. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
12 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Dulu ibu selalu dengan arwah, dia tahu cara jiwai lagu’ · Malaysian Attention Engine