
Ebola merebak ke luar Congo
Only social or community posts, or a single source.
What happened
NAIROBI – Kenya merekodkan kes Ebola keduanya, kata kementerian kesihatan negara berkenaan semalam, namun mengesahkan ‘tiada bukti’ berlaku penularan berskala besar virus maut itu. (Kosmo!, 11:53)
Read the reporting
1 report
Ebola merebak ke luar Congo
NAIROBI – Kenya merekodkan kes Ebola keduanya, kata kementerian kesihatan negara berkenaan semalam, namun mengesahkan ‘tiada bukti’ berlaku penularan berskala besar virus maut itu.
Kenya melaporkan kematian pertama akibat Ebola minggu lalu selepas seorang rakyatnya yang menetap di Republik Demokratik Congo (DRC) meninggal dunia setelah pulang ke tanah air.
DRC mengisytiharkan wabak Ebola ke-17 pada Mei lalu. Penyakit maut itu mengorbankan lebih 15,000 orang di Benua Afrika sejak 50 tahun lalu.
“Kementerian Kesihatan Kenya mengesahkan kes Ebola kedua,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, pesakit lelaki berusia 39 tahun itu merupakan ahli keluarga terdekat mangsa pertama dan telah dikuarantin.
Kenyataan itu menambah, pengesanan awal pesakit dapat ‘mengehadkan risiko virus Ebola menjangkiti orang lain’ manakala ‘tiada bukti penularan dalam komuniti yang lebih luas berlaku’.
Menurut kementerian sama, pihaknya menyenaraikan 128 kontak bagi kes pertama dan telah mengesan 113 daripada mereka setakat kelmarin.
Ia menyatakan bahawa 108 orang dikuarantin di dalam negara, manakala lima lagi berada di luar Kenya, namun pihak berkuasa kesihatan negara-negara berkenaan telah dimaklumkan.
“Pegawai-pegawai masih berusaha mengesan baki 15 orang lagi,” tambahnya.
Kenya tidak pernah melaporkan sebarang kes Ebola sebelum ini. Jirannya, Uganda merekodkan 20 kes dengan hampir semua pesakit melibatkan individu yang telah berkunjung ke DRC.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Congo, wabak itu telah menjangkiti 9,066 orang setakat ini dan menyebabkan 4,381 kematian. – AFP
The post Ebola merebak ke luar Congo appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.