
ECRL ‘talian hayat’ selamatkan Rantau Panjang
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ECRL ‘talian hayat’ selamatkan Rantau Panjang (Google News Malaysia (BM), 07:51)
Read the reporting
1 report
ECRL ‘talian hayat’ selamatkan Rantau Panjang
RANTAU PANJANG: Sambungan Laluan Rel Pantai Timur ( ECRL ) ke Rantau Panjang berpotensi menghidupkan semula ekonomi sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang semakin tenat, sekali gus menjadi ‘talian hayat’ baharu buat seluruh penduduk di kawasan itu.
Anak jati Rantau Panjang, Mohd. Ridzuan Muhammad, 46, menaruh harapan tinggi agar stesen berkenaan ditempatkan secara strategik di dalam kawasan zon perdagangan bebas tersebut.
Katanya, stesen itu boleh dibina dalam kawasan sedia ada yang diwartakan semula atau menerusi pembangunan zon baharu yang bersepadu bagi memastikan kemudahan berkenaan benar-benar menyokong kegiatan ekonomi setempat.
“Adalah sangat penting agar landasan dan stesen ini masuk dan berhenti terus di nadi zon perdagangan bebas dahulu, bukannya dilencongkan atau dibina di luar kawasan komersial tersebut.
“Pembinaan stesen di luar atau terlalu jauh dari pusat bandar dan zon bebas cukai dikhuatiri menghilangkan kelebihan logistik serta pelancongan yang sepatutnya dinikmati peniaga, pelancong dan penduduk tempatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia .
MOHD. RIDZUAN MUHAMMAD
Mohd. Ridzuan yang juga seorang peguam bela berkata, langkah itu juga mampu membuka peluang kepada Rantau Panjang untuk berkembang sebagai hab perdagangan sempadan bertaraf antarabangsa.
Katanya, situasi itu sekali gus memperkukuh kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Nasran Nasuha, 30, berkata, sambungan ECRL bukan sekadar kemudahan pengangkutan baharu sebaliknya berpotensi menjadi pemangkin untuk menarik semula pengunjung ke kawasan zon bebas cukai itu.
“Rantau Panjang yang sekian lama dikenali sebagai destinasi membeli-belah dan tumpuan perdagangan sempadan kini berdepan cabaran apabila kegiatan perniagaan semakin suram, sekali gus memberi tekanan kepada peniaga yang bergantung pada kehadiran pelanggan.
“Jadi besar harapan saya agar usaha ini dapat melonjakan semula kegiatan ekonomi di kawasan Rantau Panjang yang sebenarnya mempunyai potensi cukup besar jika dimanfaatkan sebaik mungkin,” ujarnya.
NASRAN NASUHA
Nasran berkata, sebagai penduduk asal Rantau Panjang, dia sangat berharap satu kajian dapat dibuat terlebih dahulu untuk menilai potensi yang ada di sini bagi memastikan pembangunan dirancang tidak menjadi sia-sia.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2027 berkata, Malaysia dan China sepakat untuk menyambung laluan Projek ECRL sehingga Rantau Panjang.
Beliau berkata, Fasa 1 ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka mula beroperasi Disember ini. Bagi memudahkan pergerakan penduduk Kelantan, sebuah stesen bas akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu.
Kerajaan turut menyediakan RM270 juta bagi menambah baik perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL. – UTUSAN
The post ECRL ‘talian hayat’ selamatkan Rantau Panjang appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)07:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.