Malaysian Attention Engine
Live wire
45King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period35World : US Sanctions 17 Vessels Linked To Iran's 'Shadow Fleet'33Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m32General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon31PH open to pacts for Melaka polls, Amirudin reiterates31General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions31RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202731Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara30Contract doctors’ group hails permanent posts offer30Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202730Pekilang kecewa ‘kekurangan sokongan’ dalam belanjawan30Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Elak pupus, 15 tahun jaga wetapunga, 11,000 ekor kembali ke habitat liar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 21:03 MYTLatest activity 9 Oct, 21:03BMconfidence 60%

What happened

Auckland: Populasi wetapunga, serangga paling berat di dunia berjaya diselamatkan daripada ambang kepupusan selepas kira-kira 11,000 ekor dilepaskan ke habitat liar yang selamat hasil program pembiakan dalam kurungan selama 15 tahun di New Zealand, lapor The Guardian. (Harian Metro, 21:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Elak pupus, 15 tahun jaga wetapunga, 11,000 ekor kembali ke habitat liar

By Agensi · 9 Oct, 21:03 MYT

Auckland: Populasi wetapunga, serangga paling berat di dunia berjaya diselamatkan daripada ambang kepupusan selepas kira-kira 11,000 ekor dilepaskan ke habitat liar yang selamat hasil program pembiakan dalam kurungan selama 15 tahun di New Zealand, lapor The Guardian.

Wetapunga ialah sejenis serangga gergasi yang berasal dari New Zealand. Serangga betina boleh membesar sehingga 10 sentimeter panjang dan mempunyai berat sekitar 70 gram iaitu kira-kira seberat seekor tikus kecil.

Wetapunga banyak ditemui di Northland dan Auckland. Namun, populasinya merosot dengan ketara pada pertengahan abad ke-20 akibat kehilangan habitat serta ancaman pemangsa seperti tikus dan kucing yang dibawa masuk oleh peneroka Eropah.

Menjelang 1990-an, spesies itu diisytiharkan terancam dan hanya mampu bertahan di habitat liar di satu lokasi perlindungan iaitu Te Hauturu-o-Toi atau Pulau Little Barrier di New Zealand.

Pasukan pemuliharaan yang diketuai Zoo Auckland dan Butterfly Creek memulakan program pembiakan dalam kurungan pada 2010 berikutan populasi liar yang terlalu kecil untuk dipindahkan secara langsung.

Sepanjang 15 tahun, kakitangan membesarkan anak wetapunga dengan memberi makanan berupa daun segar, protein ikan dan daun-daun gugur sebelum memindahkannya ke pulau-pulau luar pesisir yang bebas pemangsa.

Menerusi 45 usaha pemindahan berasingan, lebih 11,000 wetapunga dilepaskan ke 10 lokasi baharu di habitat liar.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam New Zealand Journal of Zoology, populasi yang mampu membiak dan bertahan secara sendiri kini berjaya diwujudkan dengan serangga generasi keempat dan kelima dilahirkan secara semula jadi di habitat liar.

"Masa depan wetapunga kelihatan cerah," kata Dr Chris Green, penyelidik kehormat di Jabatan Pemuliharaan New Zealand seperti dipetik The Guardian.

"Pelepasan 11,000 serangga adalah sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan," katanya.

Dr Green mendokumentasikan kejayaan projek itu untuk New Zealand Journal of Zoology dan turut menjadi pengarang bersama laporan yang diterbitkan pada 2 Oktober yang memperincikan kejayaan program pembiakan berkenaan.

"Ia sangat mengujakan kerana kita tidak dapat melaporkan kejayaan seperti ini bagi kebanyakan spesies terancam lain," katanya.

Susulan kejayaan program itu, Jabatan Pemuliharaan New Zealand secara rasmi menaik taraf status wetapunga daripada "terancam secara nasional" kepada "meningkat secara nasional".

"Itulah aspek yang luar biasa iaitu kejayaan yang berjaya dicapai. Jika institusi lain dapat mencapai tahap sedemikian, ia boleh memberi manfaat besar kepada spesies terancam di New Zealand," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow22:0023:0000:0001:00
Latest 01:25 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 21:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Elak pupus, 15 tahun jaga wetapunga, 11,000 ekor kembali ke habitat liar · Malaysian Attention Engine