
Pekilang kecewa ‘kekurangan sokongan’ dalam belanjawan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
FMM kata industri perkilangan sedang berdepan peningkatan kos operasi serta halangan dalam penerimagunaan teknologi, inovasi dan pelaburan hijau. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menyuarakan kekecewaan terhadap Belanjawan 2027, menyatakan terdapat kekurangan dari segi sokongan kepada sektor perkilangan. (Free Malaysia Today, 22:50)
Read the reporting
1 report
Pekilang kecewa ‘kekurangan sokongan’ dalam belanjawan
FMM kata industri perkilangan sedang berdepan peningkatan kos operasi serta halangan dalam penerimagunaan teknologi, inovasi dan pelaburan hijau. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menyuarakan kekecewaan terhadap Belanjawan 2027, menyatakan terdapat kekurangan dari segi sokongan kepada sektor perkilangan.
Presiden Jacob Lee berkata industri perkilangan sedang berdepan peningkatan kos operasi serta halangan dalam penerimagunaan teknologi, inovasi dan pelaburan hijau.
Lee berkata FMM kecewa kerana pakej sokongan bernilai RM1.5 bilion yang ia cadangkan tidak dimasukkan dalam belanjawan persekutuan. "Ini menyebabkan kekurangan dalam sokongan geran khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan menampung kos penerimagunaan teknologi," menurut kenyataan.
Dalam pada itu, Lee menggesa Kementerian Kewangan berunding dengan pihak industri berhubung cadangan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerja separa mahir dan graduan.
Beliau berkata kadar gaji sepatutnya ditentukan oleh pasaran dan bukannya ditetapkan oleh kerajaan. Kadar itu perlu mencerminkan keperluan pekerjaan, di samping menunjukkan tahap kecekapan dan produktiviti pekerja.
"Ketidakpadanan kemahiran sedia ada bermakna majikan mungkin berdepan kewajipan membayar gaji lebih tinggi serta kos latihan tambahan untuk melengkapkan pekerja baharu dengan keupayaan yang diperlukan bagi menjalankan tugas mereka. Oleh itu, FMM menggesa agar pihak industri dirujuk berhubung rangka kerja yang dicadangkan."
Sementara itu, Lee menyambut baik kajian semula elaun pelaburan semula dan mengharapkan kriteria kelayakan yang lebih jelas serta akses yang lebih mudah. Beliau berkata elaun itu akan menggalakkan pekilang melabur semula dalam automasi dan teknologi, yang penting untuk meningkatkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan bernilai lebih tinggi.
Beliau turut menyambut baik rancangan menggubal undang-undang bagi mengawal selia platform e-dagang dengan lebih baik, khususnya berikutan kemasukan syarikat asing ke pasaran tempatan tanpa pengawasan dan penguatkuasaan yang sewajarnya.
Lee berkata Putrajaya perlu mengkaji semula kesan import berharga rendah yang memasuki Malaysia melalui saluran perdagangan konvensional dan dalam talian.
"Rang Undang-undang E-Dagang yang dicadangkan perlu dilengkapi dengan kajian menyeluruh terhadap langkah perdagangan dan kawal selia sedia ada, termasuk perlindungan sewajarnya daripada amalan perdagangan tidak adil, import berharga terlalu rendah dan produk yang tidak mematuhi peraturan.
"Matlamatnya adalah untuk memastikan pekilang Malaysia dan PKS mendapat peluang persaingan yang sama rata tanpa menyekat perdagangan yang sah atau pilihan pengguna," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today22:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.