Malaysian Attention Engine
Live wire
51Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini50Nahas helikopter FDS: Audit dedah tiga ketidakpatuhan sebelum nahas46Business : Need For Generation, Grid Investment To Support Malaysia's Energy Transition - TNB44Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah - KSN42General : Long Lellang Heli Crash: Preliminary Report To Be Tabled In Cabinet Tomorrow - Loke40Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian40Dua kapal berdaftar di Singapura ditembak di Selat Hormuz, satu tenggelam39Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?39Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain35BAM akui kegagalan di Aichi-Nagoya, buat bedah siasat35Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar33Jeremy, Eei Hui tolak lamaran BAM
NewConfirmedupdated 55 min ago

Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:32 MYTLatest activity 15 Oct, 11:53BMconfidence 84%

What happened

Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia (Harian Metro, 11:35)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Ella dedah hampir bersara dari dunia nyanyian selepas bapa meninggal dunia

By Norhayati Nordin · 15 Oct, 11:35 MYT

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Subang Jaya: Di sebalik keutuhan kerjaya seni selama empat dekad, Ella Aminuddin mengakui pernah berhasrat mengundur diri daripada menyanyi apabila bapanya, Allahyarham Aminuddin Manap meninggal dunia pada 1990-an.

Pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin, 60, yang mendapat jolokan 'Ratu Rock' ini, pemergian bapanya pada usia 62 tahun memberi kesan mendalam kerana memikirkan sudah tiada individu menjadi penyokong utama dalam kariernya.

"Ya, betul. Saya pernah berhasrat tidak mahu menyanyi lagi selepas arwah bapa meninggal dunia. Ketika itu, saya sangat sedih dan berasa kehilangan sebab bapa adalah individu amat penting yang sentiasa menyokong kerjaya nyanyian saya.

"Bagaimanapun, Jojie (kakak) dapat memujuk saya dan banyak beri kata-kata semangat termasuk semua anggota keluarga yang membuat saya teruskan karier nyanyian ini sampai sekarang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

"Memang banyak juga dugaan serta cabaran yang saya lalui sepanjang empat dekad ini, dan ia bukanlah mudah untuk dapat bertahan. Apa pun, terima kasih juga kepada peminat-peminat saya atas sokongan daripada mereka," katanya.

Terdahulu, hasrat Ella untuk mengundur diri daripada dunia nyanyian didedahkan oleh Jojie yang juga pengurusnya dalam video temubual disiarkan pada majlis makan malam istimewa, di sini, malam tadi.

Sebelum itu, Ella yang popular dengan lagu ikonik, Standing In The Eyes Of The World meraih Anugerah Sri Wirama di Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada 26 September lalu.

Pada majlis sama, Ella turut menyampaikan penghargaan khas kepada 51 penerima daripada kalangan individu penting dalam kehidupannya termasuk penggiat seni dan pengamal media yang membantu perjalanan kariernya.

Ditanya perancangan konsert akan datang, Ella berkata, dia sentiasa bersedia menghiburkan peminatnya dalam konsert berskala besar jika ada permintaan sekali gus dijangka pada Disember depan.

"Saya okay sahaja sekiranya peminat masih inginkan saya buat konsert lagi. Terima kasih dengan sokongan padu diberikan.

"Insya-Allah mungkin kita boleh jadikan kenyataan pada Disember nanti. Mana tahu dapat buat konsert itu di Unifi Arena Bukit Jalil.

"Bagaimanapun, mungkin pasukan saya boleh berbincang dulu dengan penganjur, Hitman Solutions untuk perancangan konsert ini. Saya mohon doakan yang baik-baik agar semua urusan kami dipermudah dan lancar," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow12:00
Latest 12:26 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 11:35 MYT
Origin confidence 90% · 18 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.