
BAM akui kegagalan di Aichi-Nagoya, buat bedah siasat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BAM akui kegagalan di Aichi-Nagoya, buat bedah siasat (Harian Metro, 11:58)
Read the reporting
1 report
BAM akui kegagalan di Aichi-Nagoya, buat bedah siasat
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui gagal mencapai sasaran pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila skuad negara hanya membawa pulang satu pingat gangsa menerusi beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei berkata, laporan bedah siasat daripada barisan kejurulatihan perseorangan yang diketuai Kenneth Jonassen dan beregu di bawah Rexy Mainaky akan menjadi asas perbincangan bagi merangka langkah seterusnya.
Beliau berkata, sesi bedah siasat akan diadakan selepas barisan kejurulatihan pulang daripada tugasan di Eropah bagi menghadapi Terbuka Artik, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.
Chong Wei mengakui keputusan di Aichi-Nagoya tidak memenuhi sasaran untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat perak dan satu gangsa, sekali gus memerlukan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Memang kita gagal. Sasaran kita satu perak dan satu gangsa, tetapi kita hanya dapat satu gangsa. Kita kena mengakui kegagalan itu, mengenal pasti masalah dan memperbaiki apa yang perlu.
"Sukan Asia memang penting untuk kita sebagai kayu pengukur menjelang Olimpik, jadi kita perlu melihat apa yang masih kurang," katanya ketika dihubungi.
Chong Wei bagaimanapun berkata, kegagalan itu tidak seharusnya menafikan komitmen pemain yang disifatkannya sudah berjuang habis-habisan sepanjang temasya berkenaan.
Katanya, persembahan skuad lelaki negara ketika tewas 2-3 kepada Indonesia pada suku akhir berpasukan, termasuk kejayaan Leong Jun Hao menewaskan pemain nombor satu dunia ketika itu, Jonatan Christie, membuktikan pemain mampu memberikan saingan sengit kepada lawan.
Beliau turut memuji persembahan beregu lelaki pecahan negara, Aaron Chia-Tee Kai Wun, meskipun gandingan itu tersingkir pada pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.
Chong Wei menyifatkan kekalahan itu sebagai sesuatu yang mengecewakan kerana Aaron-Kai Wun berpeluang mencipta kejutan selepas mendahului dalam kedua-dua set sebelum gagal menamatkan perlawanan dengan kemenangan.
"Memang rugi kerana dalam kedua-dua set mereka mendahului. Tetapi saya nampak mereka sudah memberikan segala-galanya di gelanggang dan kita perlu menerima kekalahan itu," katanya.
Dalam pada itu, Chong Wei turut memuji kebangkitan Pearly-Thinaah yang berjaya meraih gangsa selepas bergelut mendapatkan rentak permainan sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pasangan itu perlu meningkatkan kekuatan fizikal dan stamina, terutama ketika berdepan set penentuan, jika mahu bersaing merebut gelaran tertinggi di pentas Olimpik.
"Saya sudah bercakap dengan mereka. Jika mahu menjadi juara Olimpik, mereka perlu meningkatkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.
"Kita boleh menerima kekalahan jika pemain sudah berjuang habis-habisan, tetapi selepas itu kita perlu mencari jalan untuk menjadi lebih baik," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.