
Enam pemain pelapis perkuat skuad takraw negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Enam pemain pelapis perkuat skuad takraw negara (Harian Metro, 16:03)
Read the reporting
1 report
Enam pemain pelapis perkuat skuad takraw negara
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Skuad sepak takraw kebangsaan bakal diperkuat dengan enam pemain program pelapis sebagai langkah memperkukuh kedalaman skuad bagi menghadapi cabaran Sukan SEA 2027 di laman sendiri.
Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, seramai 21 pemain akan dikekalkan dalam program kebangsaan tahun depan, namun senarai nama mereka masih belum dimuktamadkan berikutan penilaian prestasi semasa.
Katanya, barisan kejurulatihan akan meneliti pencapaian pemain di pentas antarabangsa dan liga domestik sebelum membuat keputusan, termasuk kemungkinan berlaku perubahan dalam senarai sedia ada.
"Bagi pasukan kebangsaan, tahun depan kita akan kekalkan 21 pemain. Cuma dari segi senarai nama, kita akan putuskan dalam masa terdekat berdasarkan prestasi pemain di peringkat antarabangsa dan juga liga domestik.
"Tidak mustahil mungkin ada pertukaran pemain dalam program kebangsaan. Kita juga akan menambah enam pemain bagi program pelapis kebangsaan yang akan dijalankan dalam masa terdekat," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Sepak Takraw Malaysia, hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.
Menurut Ahmad Jais, usaha memperluas pilihan pemain itu penting bagi memastikan Malaysia mempunyai barisan yang cukup mantap untuk bersaing dalam semua acara sepak takraw pada Sukan SEA 2027.
Jelasnya, Malaysia dijadual menyertai acara regu berpasukan, regu, kuadran dan beregu, sekali gus memerlukan kumpulan pemain berpotensi yang lebih besar bagi membentuk pasukan kompetitif untuk memastikan sasaran pingat emas tercapai.
"Kita memerlukan ramai pemain berpotensi untuk dibawa ke dalam pasukan kebangsaan. Saya harap semua pemain bersiap sedia kerana kita mahu mempersiapkan pasukan mengikut jadual yang dirancang bersama Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)," katanya.
Mengulas mengenai ketersediaan pemain untuk mengisi keperluan skuad, Ahmad Jais berkata, beliau melihat ramai pemain berpotensi hasil pemantauan sepanjang SUKMA Selangor 2026 dan Liga Divisyen 1 baru-baru ini.
Katanya, pemain yang dikenal pasti perlu diberikan peluang menyertai program pembangunan kebangsaan supaya bakat mereka dapat digilap selari dengan sasaran pasukan negara.
"Saya nampak ramai pemain yang berpotensi untuk diberikan ruang menyarung jersi pasukan negara. Peluang ini perlu diselaraskan dengan sasaran kebangsaan supaya pemain berpotensi dapat diserapkan dalam satu program dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan sepak takraw negara," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.