Malaysian Attention Engine
Live wire
52SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG50General : MACC Freezes Assets Worth RM1.27 Billion Since 2022 – Kulasegaran46General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled45Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish44Body of man found in drain at Sama Gagah Market43Dua individu termasuk pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes rasuah RM15,00041Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM41Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari40Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok39Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Era model gaji rendah perlu berakhir - CGS International

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:46 MYTLatest activity 13 Oct, 15:46BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Syarikat korporat Malaysia diseru memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan dan produktiviti serta membina perniagaan lebih mampan dan berdaya saing. (Berita Harian, 15:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Era model gaji rendah perlu berakhir - CGS International

By BERNAMA · 13 Oct, 15:46 MYT

KUALA LUMPUR: Syarikat korporat Malaysia diseru memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan dan produktiviti serta membina perniagaan lebih mampan dan berdaya saing.

CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) berkata, Belanjawan MADANI kelima itu dirangka ketika persekitaran luaran semakin mencabar.

Cabaran berkenaan termasuk konflik di Asia Barat, gangguan bekalan tenaga dan perkapalan, ketegangan perdagangan serta peningkatan risiko terhadap rantaian bekalan makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif CGS MY, Khairi Shahrin Arief Baki, berkata Belanjawan 2027 menyediakan lebih banyak instrumen kepada perniagaan untuk melabur dalam teknologi, kemahiran, kemampanan dan kapasiti produktif.

"Kerajaan boleh menetapkan syarat, menghapuskan halangan dan meletakkan asas. Sama ada asas itu diterjemahkan kepada perniagaan yang lebih kukuh, pekerjaan yang lebih baik serta pendapatan yang lebih tinggi, itu akhirnya terserah kepada syarikat," katanya melalui satu kenyataan.

Mengulas mengenai gaji dan pembangunan tenaga kerja, Khairi berkata paras gaji lebih tinggi tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai peningkatan kos menjalankan perniagaan.

Sebaliknya, perkembangan itu memberi isyarat bahawa model berasaskan gaji dan produktiviti rendah tidak lagi mampan.

Beliau berkata, perniagaan perlu melabur dalam kemahiran, teknologi dan automasi, selain mereka bentuk pekerjaan yang lebih baik bagi memastikan kenaikan gaji disokong produktiviti lebih tinggi.

"Produktiviti tanpa kenaikan gaji akan menyebabkan isi rumah ketinggalan dalam pertumbuhan. Gaji tanpa produktiviti tidak dapat bertahan. Malaysia memerlukan kedua-duanya, naik bersama-sama," katanya.

Khairi berkata, prinsip sama turut terpakai dalam aspek kemampanan berikutan insentif pelaburan hijau yang lebih kukuh dan penetapan harga karbon kini berada dalam agenda dasar.

Syarikat yang memulakan langkah peralihan lebih awal akan mempunyai kawalan lebih besar terhadap kadar perubahan dan kos yang perlu ditanggung.

Pelaburan awam dalam pengangkutan, bekalan air, ketersambungan digital, perumahan dan infrastruktur perindustrian juga dijangka memperluas peluang pelaburan di seluruh Malaysia.

Ketua Negara CGS MY, Alan Inn, pula berkata ketidaktentuan global mengukuhkan keperluan syarikat untuk mempelbagaikan asas pendapatan.

"Ketahanan bukan sekadar kunci kira-kira yang kukuh. Sesebuah syarikat yang bergantung pada satu pasaran, satu rantaian bekalan atau satu sumber kelebihan hanya kuat bergantung keadaan di sekelilingnya," tambahnya.

Inn berkata, akses kepada pelabur tempatan dan antarabangsa akan membantu perniagaan Malaysia membiayai peluasan serantau, pemerolehan serta pelaburan teknologi untuk bersaing pada skala lebih besar.

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:26 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 15:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Era model gaji rendah perlu berakhir - CGS International · Malaysian Attention Engine