Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

F1: Ferrari rancang perubahan besar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:00 MYTLatest activity 20 Oct, 10:00BMconfidence 60%

What happened

AUSTIN – Ferrari sedang bersiap sedia menghadapi fasa penting dalam kejuaraan Formula 1 apabila dilapor bakal melakukan proses naik taraf aerodinamik yang besar pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini. (Kosmo!, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

F1: Ferrari rancang perubahan besar

By MEJA SUKAN KOSMO! · 20 Oct, 10:00 MYT

AUSTIN – Ferrari sedang bersiap sedia menghadapi fasa penting dalam kejuaraan Formula 1 apabila dilapor bakal melakukan proses naik taraf aerodinamik yang besar pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini.

Menurut laporan, pasukan dari Itali itu sedang menumpukan usaha terhadap reka bentuk lantai kereta yang baharu, sidepod yang dikemas serta perubahan pada bahagian badan jentera SF-26.

Langkah ini diambil bagi mengatasi kekurangan prestasi sejak kebelakangan ini dan meningkatkan kelajuan maksimum di laluan lurus.

Objektif utama spesifikasi lantai baharu itu adalah untuk meningkatkan daya cengkaman aerodinamik ( downforce ) secara keseluruhan serta mengawal aliran udara di bawah kereta.

Perubahan ini juga bertujuan memperluas julat operasi jentera, sekali gus membolehkan jurutera menggunakan tetapan kereta yang kurang ekstrem.

Pengubahsuaian pada sidepod dan bukaan penyejukan penutup enjin pula disasarkan untuk mengurangkan seretan udara ( drag ), sekali gus menangani jurang kelajuan Ferrari berbanding pesaing di laluan lurus.

Lantai baharu itu dijangka diperkenalkan pada hujung minggu ini Litar Americas, namun sidepod dan komponen lain dipercayai mungkin akan digunakan pada Grand Prix Mexico, seminggu selepas perlumbaan di Amerika Syarikat.

Ketika hanya enam perlumbaan berbaki dalam musim 2026, Ferrari kini berada di tempat kedua dalam kejuaraan pengeluar, manakala Lewis Hamilton dan Charles Leclerc masing-masing menduduki tempat ketiga dan kelima dalam kategori pemandu.

Pasukan dari Itali itu pastinya mahu mengekalkan kedudukan mereka dalam carta kejuaraan, lebih-lebih lagi apabila Red Bull menunjukkan kebangkitan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pakej naik taraf baharu yang dilaporkan bakal dibawa Ferrari ini diharapkan dapat mengukuhkan kedudukan mereka dalam kejuaraan serta memberikan peluang untuk menguasai baki perlumbaan musim ini berbanding pasukan pesaing. – AGENSI

The post F1: Ferrari rancang perubahan besar appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:00
Latest 11:07 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
20 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.