
Fabregas teruja layan kunjungan United
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
COMO: Jurulatih Como, Cesc Fabregas menyifatkan peluang melayan kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini, sebagai mimpi menjadi kenyataan buat kelab itu. (Berita Harian, 09:21)
Read the reporting
1 report
Fabregas teruja layan kunjungan United
COMO: Jurulatih Como, Cesc Fabregas menyifatkan peluang melayan kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini, sebagai mimpi menjadi kenyataan buat kelab itu.
Bekas bintang Arsenal berkenaan berkata, pertembungan itu sukar dibayangkan ketika Como masih beraksi di Serie B, tiga tahun lalu.
"Tiga tahun lalu, ketika kami di Serie B, sukar dibayangkan Manchester United akan datang ke Stadium Sinigaglia. Namun, itulah yang akan berlaku Rabu ini (awal pagi Khamis ini).
"Bagi kami, ini mimpi menjadi kenyataan dan kami akan merebut peluang yang ada," katanya selepas membimbing Como menewaskan Fiorentina 3-1 dalam aksi Serie A, Ahad lalu, untuk kekal di tangga kelima liga.
Como yang berusia 119 tahun tidak pernah beraksi dalam kejohanan Eropah.
Kelab itu pernah dua kali diisytiharkan muflis dalam tempoh dua dekad lalu sebelum kembali ke liga utama Itali pada Mei 2024 selepas beraksi di Serie D pada 2019.
Fabregas mengakui Liga Juara-Juara menjadi pengalaman baharu buat pasukannya, namun menegaskan Serie A kekal sebagai keutamaan.
"Perlawanan hebat seperti ini memang menggembirakan, tetapi kami tidak boleh melupakan bahawa Serie A adalah perkara paling penting.
"Kami kelab yang bermula semula dari bawah tiga tahun lalu, jadi kami perlu berhati-hati menguruskan pelbagai situasi," katanya.
Como membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan 4-1 ke atas Leipzig, tetapi tewas 2-3 kepada Feyenoord minggu lalu.
Fabregas sebelum ini mengakui kelabnya berada di pentas itu lima tahun lebih awal daripada perancangan.
"Liga Juara-Juara adalah hadiah luar biasa selepas musim lalu yang menakjubkan. Ini pertandingan paling sukar, malah lebih tinggi tahapnya berbanding Piala Dunia atau Kejohanan Eropah," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.