Malaysian Attention Engine
Live wire
50Belum sempat pecah rumah, perompak lari disergah CCTV45Man held over viral video involving alleged indecent act with cat45General : Budget 2027: Financial Aid, Welfare Initiatives Bring Relief To Gig Workers44Pendawaian elektrik sesuka hati, laluan keluar tak cukup ancam penghuni asrama warga asing44Guthrie Rejects Fire Allegations, Says No Active Fires At Its Indonesian Estates44Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia43Diomande jadi taruhan Real hadapi Leipzig42Politics : PN Deregistered - RoS41Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu40Isu warga asing Pandan Mewah: Tanah lapang milik kerajaan tak sepatutnya disalah guna - MPAJ
NewConfirmedupdated 58 min ago

Lega tiada cerita sensasi, hanya fokus kerjaya – Sophia Albarakbah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:00 MYTLatest activity 20 Oct, 10:00BMconfidence 80%

What happened

SOPHIA Albarakbah kini mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih teliti dalam mengatur perjalanan kerjaya lakonannya, hanya memberi perhatian 100 peratus kepada bidang seni tanpa memberi ruang kepada cerita panas menyemat namanya. (Utusan Malaysia, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Lega tiada cerita sensasi, hanya fokus kerjaya – Sophia Albarakbah

By . AL FAIZAL ABDUL KARIM · 20 Oct, 10:00 MYT

SOPHIA Albarakbah kini mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih teliti dalam mengatur perjalanan kerjaya lakonannya, hanya memberi perhatian 100 peratus kepada bidang seni tanpa memberi ruang kepada cerita panas menyemat namanya.

Ini selepas namanya sedikit tercalar gara-gara sekitar beberapa tahun lalu dihimpit kontroversi, termasuk cerita sensasi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon, Aliff Aziz.

Ibarat melupakan terus cerita lama, pelakon berusia 33 tahun ini bersyukur kerana pendekatan mengasingkan kerjaya dengan kehidupan peribadi terbukti dapat membersihkan namanya daripada cerita-cerita sensasi yang berlaku sebelum ini.

“Sebenarnya saya bersyukur kerana dalam tempoh kebelakangan ini, nama saya yang beberapa tahun lalu tercalar, kini kembali pulih kerana orang lebih melihat lakonan saya berbanding cerita sensasi.

“Drama dan filem saya juga mendapat tempat dalam kalangan penonton terutamanya orang Melayu.

“Inilah yang saya mahukan, masyarakat menilai kemampuan lakonan saya yang sepatutnya saya ketengahkan. Tiada cerita sensasi atau yang tidak bermanfaat menempel nama saya.

“Saya lega dengan perkara ini, bakat saya semakin diraikan membuatkan saya bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam naskhah saya seterusnya. Saya selesa laluan karier saya seperti ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Setelah menerima satu per satu tawaran tanpa gagal, Sophia mengambil tempoh bertenang selama sebulan untuk merehatkan minda daripada kekusutan sebelum kembali meneruskan kariernya.

Katanya perkara itu perlu dan harus bagi setiap pelakon yang jadual kerjanya terlalu padat bagi mengelakkan kekusutan bertukar tekanan yang mendatangkan banyak keburukan.

“Ada masanya, pelakon juga akan menghadapi tekanan dan ‘burn out’ akibat bekerja dalam tempoh masa yang terlalu lama.

“Itu yang saya hadapi namun bezanya, sebelum menjadi parah, saya mengambil pendekatan bercuti di rumah untuk menenangkan seketika minda yang bercelaru.

“Tiada melancong ke luar negara, sekadar berdiam di rumah dan menghabiskan waktu bersama keluarga kerana saya jarang berjumpa mereka jika sibuk bekerja. Apabila berkesempatan, saya luangkan masa dengan keluarga sahaja,” ujarnya.

Sepanjang tempoh bercuti juga, sophia memanfaatkan masa terluang dengan merangka peluang perniagaan baharu bagi membolehkan dia menjana pendapatan sampingan selain kerja hakikinya.

Sophia dalam masa yang sama tidak menafikan bidang keusahawanan perlu diterokai sebagai persediaan untuk sebarang ketidaktentuan dalam dunia seni yang pemainnya bertukar ganti.

“Saya memang suka berniaga, Ramadan yang lalu saya berniaga menjual air kelapa. Jadi perniagaan bukan perkara asing buat saya

“Peluang perniagaan ini hanyalah sebagai mata pencarian sampingan. Selain berlakon, bidang perniagaan juga saya anggap sebagai penyelamat masa depan. Dan kita bakal berdepan ketidak tentuan ekonomi di masa akan datang, ada baiknya bersedia lebih awal dengan menjana pendapatan lain.

“Tapi mana tahu satu hari nanti ia mampu menjadi punca rezeki paling utama? Cuma sekarang ini saya buat kecil-kecilan sahaja. Insya-Allah, jika tiada halangan, saya akan umumkan tahun depan,” ujarnya.

The post Lega tiada cerita sensasi, hanya fokus kerjaya – Sophia Albarakbah appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 10:31 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.