
Faris cipta robot kutip buah sawit relai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BIDANG pertanian bukanlah perkara baharu dalam hidup Ahmad Faris Ahmad Fuad, 23, kerana bapanya, Ahmad Fuad Mohd. Yusoff bergiat aktif dalam industri ternakan dan tanaman. (Kosmo!, 10:10)
Read the reporting
1 report
Faris cipta robot kutip buah sawit relai
BIDANG pertanian bukanlah perkara baharu dalam hidup Ahmad Faris Ahmad Fuad, 23, kerana bapanya, Ahmad Fuad Mohd. Yusoff bergiat aktif dalam industri ternakan dan tanaman.
Ditambah pula ibunya, Noor Azila Zakaria merupakan guru subjek Biologi.
Hal ini telah membuka mata pemuda yang mesra disapa Faris itu untuk menceburi bidang pertanian.
Kini, dia merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem (KBP) di Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan fokus pengkhususan dalam mekanisasi dan automasi.
“Semasa saya mengisi pilihan universiti, saya melihat kejuruteraan pertanian ini sebagai satu platform yang baik kepada mereka yang mahu menceburi bidang pertanian dan mempunyai kredibiliti dalam bidang teknologi.
“Ini secara tak langsung dapat melahirkan individu celik teknologi yang dapat memajukan industri pertanian di Malaysia,” katanya sambil memberitahu, bidang pengajiannya menjadi jambatan antara kejuruteraan moden dan sains biologi.
Tambah Faris, para pelajar KBP diberi tanggungjawab besar untuk mereka bentuk jentera moden, robotik dan automasi, sistem pengairan serta teknologi pemprosesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih cekap dan lestari.
Sejak bergelar pelajar KBP, Faris telah mereka cipta pelbagai projek inovasi seperti menghasilkan sebuah prototaip skala kecil bagi sistem pengesanan durian jatuh (Durian Fall Detection System) bersama ahli kumpulannya bagi mengikuti pertandingan reka cipta robot di luar negara.
Malah baru-baru ini, dia membangunkan robot autonomi yang mampu mengesan serta mengutip buah lerai kelapa sawit secara automatik.
“Sepanjang pengajian di UPM, saya telah berjaya meraih beberapa anugerah dan pengiktirafan di peringkat universiti mahupun antarabangsa berasaskan projek inovasi serta reka cipta dibangunkan.
“Antaranya, pingat perak FYP Exhibition 2025/2026 yang dianugerahkan melalui pembentangan dan pameran Projek Tahun Akhir (FYP).
“Menerusi inovasi bertajuk ‘Autonomous Mobile Robot Using Monocular Vision Systems for Oil Palm Loose Fruit Collection’ itu, saya diiktiraf hasil keupayaan serta potensi robot pengutip buah relai,” ujarnya.
“Saya bersama pasukan juga pernah memenangi pingat emas (Gold Award) – MyCobot Challenge, Annual Regional Convention 2025 (ARC 2025) iaitu pertandingan reka cipta dan robotik di peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Maejo University, Thailand,” ujar pemuda berasal dari Gurun, Kedah.
Mengulas lanjut mengenai pembangunan robot autonomi untuk mengesan dan mengutip buah kelapa sawit relai, Faris berkata, idea tercetus ketika dia menjalani latihan industri di ladang teh Boh.
“Idea itu juga didorong oleh kesedaran terhadap cabaran pengutipan buah relai secara manual yang memenatkan, memakan masa, serta mempunyai kebergantungan tinggi terhadap tenaga kerja.
“Buah kelapa sawit relai gugur daripada tandan semasa proses penuaian. Walaupun kecil, namun buah ini mempunyai kandungan minyak yang tinggi dan perlu dikutip kerana jika dibiarkan, ia akan menyebabkan kehilangan hasil serta kerugian kepada industri.
“Walaupun terdapat mesin kutipan bermotor di pasaran, namun penggunaannya masih memerlukan operator untuk mengendalikannya,” terang anak kedua daripada lima beradik itu.
Sehubungan itu, Faris mengemukakan cadangan pembangunan inovasi tersebut kepada penyelia projek tahun akhirnya, Dr. Muhamad Saufi Mohd. Kassim.
Ternyata, pensyarahnya memberikan sokongan penuh memandangkan UPM telah mempunyai sebuah platform mudah alih elektromekanikal.
“Platform ini menggunakan sistem pemanduan skid-steer empat roda dan mekanisme roda sangkar (roller cage), namun sebelum ini hanya dikawal secara manual menggunakan alat kawalan jauh tanpa sebarang sistem penglihatan.
“Bermula daripada tapak platform sedia ada itu, projek berkenaan dinaik taraf untuk membangunkan sebuah robot autonomi (autonomous mobile robot) berkeupayaan tinggi.
“Saya membangunkan sistem penglihatan komputer yang membolehkan robot mengesan buah sawit lerai secara automatik dan melaksanakan tugas kutipan tanpa bergantung sepenuhnya kepada manusia,” katanya sambil memberitahu, projek tersebut menelan kos kira-kira RM500.
Faris (kanan) meraih pingat perak pada FYP Exhibition 2025/2026.
Tambah Faris, perlaksanaan projek itu juga mendapat sokongan padu daripada dua orang pelajar ijazah sarjana di bawah penyeliaan Dr. Muhamad Saufi iaitu Muaz kamal dan Ahmad Safiuddin Saharrudin.
Katanya, mereka banyak memberi sumbangan dari segi cetusan idea, penjelasan teknikal serta tunjuk ajar secara praktikal sepanjang proses pembangunan sistem tersebut.
Menurut Faris, di era serba canggih ini, teknologi automasi merupakan keperluan kritikal yang memacu kecekapan dan produktiviti ke tahap maksimum melalui operasi berterusan serta pengurangan ralat manusia.
“Sektor-sektor utama seperti pertanian dan pembuatan kini amat bergantung kepada sistem automatik serta robotik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja buruh kasar yang semakin sukar diperoleh.
“Kesimpulannya, teknologi automasi adalah pemangkin terpenting untuk memodenkan sektor tradisional, meningkatkan daya saing ekonomi dan menjamin kelestarian masa depan,” ujarnya yang bercita-cita bergelar ahli perniagaan dan bergiat aktif dalam bidang pertanian.
Sementara itu, biarpun sibuk mereka cipta pelbagai inovasi dan teknologi baharu, namun sebagai mahasiswa di universiti, dia tidak mahu melepaskan peluang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan kesukarelawanan.
“Saya menggalas pelbagai jawatan penting, antaranya Ketua Projek Keusahawanan Akuaponik dan peserta aktif bagi Projek Tanaman Jagung di bawah MSAE-Plantation 24/25.
“Selain itu, saya menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan sofbol Kolej 10 bagi Kejohanan Sukan Kolej (SUKOL 2024),” katanya yang berpegang kepada prinsip hidup, ‘lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sabar dengan proses tersebut’.
Bagi pengurusan acara dan kesukarelawanan pula, Faris memegang peranan sebagai Ketua Aktiviti (PIC) bagi program Virtual-Bonding MSAE-SC 2024 serta berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa protokol untuk program pembersihan pantai.
Di samping itu, Faris aktif dalam program kesukarelawanan berasaskan pemindahan teknologi kepada masyarakat menerusi program SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society) di bawah kursus Kejuruteraan dan Masyarakat (Engineering and Society).
Selepas tamat belajar, Faris mahu melangkah ke alam kerjaya dan mendaftar sebagai Jurutera Profesional (Ir.) dalam bidang kejuruteraan pertanian dan biosistem.
“Saya mahu memulakan kerjaya di industri agritech atau agensi penyelidikan pertanian untuk menimba pengalaman praktikal di lapangan.
“Seterusnya, saya mahu memperkemas dan mengkomersialkan projek robotik pengutip buah sawit lerai agar ia dapat diguna pakai secara meluas oleh syarikat perladangan tempatan dan petani kecil.
“Antara impian terbesar saya adalah mahu memperkasa keterjaminan makanan negara (food security) dengan menyumbang kepakaran secara langsung dalam merangka dan menyokong dasar modenisasi pertanian negara.
“Pada masa sama, saya mahu mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan luar menerusi teknologi pengeluaran tempatan yang lebih cekap serta mampan,” katanya.
Faris juga mahu membuktikan kepada anak muda bahawa bidang pertanian pada hari ini merupakan medan inovasi canggih yang mampu menjana pendapatan tinggi dan membawa impak besar kepada negara.
The post Faris cipta robot kutip buah sawit relai appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.