
FFM 35: Khadam dan Malam Terlarang ungguli pencalonan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SUNGAI BULOH: Dua filem seram, Khadam dan Malam Terlarang, mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 apabila masing-masing bersaing dalam 12 kategori, sekali gus mencetuskan persaingan sengit merebut trofi pada malam kemuncak anugerah berprestij itu. (Berita Harian, 00:07)
Read the reporting
2 reports
FFM 35: Khadam dan Malam Terlarang ungguli pencalonan
SUNGAI BULOH: Dua filem seram, Khadam dan Malam Terlarang, mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 apabila masing-masing bersaing dalam 12 kategori, sekali gus mencetuskan persaingan sengit merebut trofi pada malam kemuncak anugerah berprestij itu.
Malam Terlarang, terbitan Astro Shaw dan Infinitus Productions, tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik menerusi Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau Labu, Pelakon Wanita Terbaik (Shasha Abedul), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Datin Sofia Jane) dan Pelakon Wanita Harapan (Aila Azizul).
Filem itu turut bersaing dalam kategori Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Poster Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik.
Sementara itu, Khadam turut mendapat tempat dalam kategori utama, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik menerusi Shamyl Othman, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.
Filem terbitan Redfilms dan Komet Productions bersama beberapa syarikat produksi lain itu turut tercalon dalam kategori Poster Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik/Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.
Filem aksi arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven, turut memberi saingan apabila meraih 10 pencalonan dalam edisi kali ini.
Persaingan turut menjadi tumpuan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang menyaksikan lima pelakon berentap, iaitu Shaheizy Sam menerusi Badak, Idan Aedan (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Eman Manan (3 Hajat), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).
Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, persaingan membabitkan pelakon baharu dan berpengalaman, iaitu Shasha Abedul menerusi Malam Terlarang, Aida Amron (Badak), Fish Liew (Payane For An Infant), Nad Zainal (Denu) dan Mimi Lana (Polong).
Sementara itu, pemenang kategori Filem Terbaik FFM 35 bakal menerima geran bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK).
Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, pada majlis perasmian dan pengumuman Top 5 FFM 35 di Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Damansara, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.
Pada edisi kali ini, FFM turut memberikan penghargaan kepada empat tokoh seni yang banyak menyumbang kepada industri perfileman tempatan, iaitu Datuk Yusof Haslam, Noorkumalasari, AR Badul dan Norlia Ghani.
Bertemakan Spektrum Sinema, FFM 35 akan berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 21 November depan dan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Datuk Afdlin Shauki sekali lagi diberi kepercayaan mengendalikan acara berprestij itu sebagai hos utama, bergandingan dengan Amelia Henderson.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian00:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.