
FIFA gantung Hossam, Zico
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KAHERAH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan selama tiga perlawanan, manakala penyerang Mostafa Zico dikenakan penggantungan lima aksi susulan kritikan terhadap pengadil selepas kekalahan 2-3 kepada Argentina pada Piala Dunia 2026. (Berita Harian, 06:52)
Read the reporting
1 report
FIFA gantung Hossam, Zico
KAHERAH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan selama tiga perlawanan, manakala penyerang Mostafa Zico dikenakan penggantungan lima aksi susulan kritikan terhadap pengadil selepas kekalahan 2-3 kepada Argentina pada Piala Dunia 2026.
Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) dalam kenyataan memaklumkan, Hossam, 60, dikenakan tindakan selepas menyalahkan kesilapan pengadilan sebagai punca pasukannya tersingkir pada pusingan 16 terakhir.
Zico pula digantung selepas didakwa menghina pengadil dalam temu bual selepas perlawanan.
Turut dikenakan penggantungan tiga perlawanan ialah pengarah pasukan kebangsaan Mesir yang juga saudara kembar Hossam, Ibrahim Hassan.
EFA berkata, pihaknya sudah memohon penjelasan terperinci daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA berhubung keputusan itu bagi menilai pilihan perundangan dan menentukan sama ada rayuan akan dikemukakan.
Dalam perlawanan berkenaan, jaringan Zico dibatalkan kerana kekasaran dalam gerakan yang membawa kepada gol, sebelum pemain Mesir merayu sepakan penalti ketika kedudukan terikat 2-2 pada penghujung aksi.
Bagaimanapun, ketua pengadil FIFA, Pierluigi Collina mempertahankan keputusan pengadilan dalam perlawanan itu sambil memberi amaran bahawa dakwaan sedemikian boleh mencetuskan ancaman terhadap pengadil dan keluarga mereka.
Penggantungan itu berpotensi menyebabkan Hossam dan Ibrahim terlepas aksi Mesir menentang Malawi dalam pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada November, selain perlawanan pertama dalam jendela antarabangsa Mac depan.
Zico pula dijangka tidak dapat beraksi sehingga Jun.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian06:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
