Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian43Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat35Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela35General : MCMC, EC Test Internet Connectivity At Melaka Polling Centres For OCR-VA System34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Foto ikonik rungkai kisah tragis ‘gajah meroyan’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 17:00 MYTLatest activity 18 Oct, 17:00BMconfidence 60%

What happened

SEKEPING foto seekor gajah betina membawa bangkai anak gajah yang mati ketika dilahirkan bukan sahaja berjaya memenangi anugerah utama dalam pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Terbaik 2026, namun turut merungkai rahsia tingkah laku jarang dilihat yang menggambarkan trauma dan emosi kompleks haiwan berkenaan. (Utusan Malaysia, 17:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Foto ikonik rungkai kisah tragis ‘gajah meroyan’

By Susunan Nawwar Abdul Rahim · 18 Oct, 17:00 MYT

SEKEPING foto seekor gajah betina membawa bangkai anak gajah yang mati ketika dilahirkan bukan sahaja berjaya memenangi anugerah utama dalam pertandingan Jurugambar Hidupan Liar Terbaik 2026, namun turut merungkai rahsia tingkah laku jarang dilihat yang menggambarkan trauma dan emosi kompleks haiwan berkenaan.

Jurugambar, Federico Veronesi merakamkan detik menyayat hati itu ketika mengekori sekumpulan gajah yang bergerak menyusuri dasar sungai kering di gurun Namibia pada September 2025.

Beliau terserempak dengan seekor gajah betina yang membawa bangkai anak gajah, dengan kaki kecil haiwan itu melingkari belalainya, manakala tubuhnya yang tidak bermaya tergantung di udara.

“Anak gajah itu masih sempurna dan lembut. Tubuhnya belum mengeras, jadi jelas ia dilahirkan pada waktu malam atau mungkin hanya beberapa jam sebelum itu,” katanya.

Pada mulanya, pemandangan itu kelihatan seperti menggambarkan kesedihan seekor ibu gajah atas kematian anaknya.

Namun, Veronesi kemudian mendapati tingkah laku luar biasa yang disaksikannya itu mempunyai sisi lain yang merungkai emosi haiwan berkenaan dengan lebih mendalam.

Veronesi mengekori kumpulan gajah itu selama beberapa jam dan merakamkan beberapa foto yang mengagumkan. Salah satu foto berkenaan memenangi anugerah utama pertandingan

Jurugambar Hidupan Liar Terbaik 2026 anjuran Muzium Sejarah Semula Jadi di London.

Menurut Veronesi, gajah betina itu membawa anak gajah berkenaan selama beberapa jam, sekali-sekala meletakkannya di tanah untuk makan atau minum sebelum mengangkatnya semula dan meneruskan perjalanan menyusuri Sungai Huab.

“Saya terfikir, ini pemandangan yang sangat menyedihkan, tetapi orang ramai juga perlu melihatnya.

“Foto ini menunjukkan betapa gajah-gajah ini turut mengalami penderitaan dan mempunyai perasaan yang kompleks, sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dikaitkan oleh manusia dengan haiwan,” katanya.

Bagaimanapun, Veronesi akhirnya mengetahui gajah betina tersebut bukan ibu kepada anak gajah yang mati itu.

“Dia bukan ibunya,” kata Pengarah program pemuliharaan di Elephant Human Relations Aid (EHRA), Christin Winter, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berusaha melindungi gajah gurun Namibia.

Kata Winter, gajah betina berusia 14 tahun itu kehilangan anaknya sendiri dua tahun lalu. Sejak itu, ia dilihat membawa anak gajah lain yang mati ketika dilahirkan sebanyak empat kali.

Beliau berkata, kejadian itu merupakan kali pertama tingkah laku berkenaan didokumentasikan di kawasan tersebut.

Penemuan itu, menurut Veronesi, menambahkan lagi dimensi kepada pemahaman tentang kedalaman emosi haiwan berkenaan.

“Lebih menyentuh perasaan apabila mengetahui gajah betina ini menunjukkan tingkah laku sedemikian selepas kehilangan anaknya sendiri, seolah-olah cuba menjalin semula hubungan dengan anaknya dan masih belum dapat melepaskan kehilangan itu walaupun selepas bertahun-tahun,” katanya.

Terdapat beberapa teori mengenai sebab gajah itu membawa anak gajah berkenaan untuk tempoh yang begitu lama. Winter berkata, tingkah laku itu mungkin sebahagian daripada proses menangani emosi.

“Mungkin itu caranya memproses kematian dan belum bersedia untuk melepaskannya. Mungkin juga dia mengalami trauma selepas kehilangan anaknya, menyebabkan tingkah laku itu berulang setiap kali seekor anak gajah mati,” katanya.

Gajah betina itu juga mungkin cuba melindungi bangkai anak gajah berkenaan daripada pemangsa, tambahnya.

Foto Veronesi memberikan gambaran tentang kehidupan kira-kira 150 ekor gajah gurun Namibia yang mendiami lima dasar sungai di Gurun Namib. Gajah-gajah itu berhijrah jauh untuk mencari makanan dan air, termasuk memakan buah daripada pokok serta rumput di kawasan dataran banjir.

Populasi gajah gurun Namibia semakin berkurangan sejak 20 tahun lalu. Keadaan itu sebahagiannya berpunca daripada tekanan persekitaran, khususnya kemarau berpanjangan, namun konflik yang semakin meningkat dengan manusia menjadi faktor utama.

Kadar kematian anak gajah yang baru dilahirkan turut menjadi kebimbangan utama. Menurut Winter, hanya dua daripada keseluruhan 16 anak gajah yang dilahirkan antara 2014 hingga 2022 berjaya hidup.

Satu teori yang cuba menjelaskan kadar kematian tinggi itu adalah anak gajah berkenaan dilahirkan pramatang kerana induknya tidak cukup sihat untuk mengandung sehingga cukup tempoh.

Winter berkata, keadaan itu mungkin berpunca daripada tekanan kronik akibat konflik dengan manusia. Penyelidikan menunjukkan gajah boleh mengalami gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) akibat konflik sedemikian.

Winter turut berkata, anak gajah yang mati ketika dilahirkan dan ditemui pasukan EHRA biasanya mempunyai saiz tubuh yang sangat kecil.

Anak gajah yang sihat ketika dilahirkan lazimnya mempunyai berat antara 100 hingga 120 kilogram, manakala anak gajah yang mati ketika dilahirkan itu hanya seberat kira-kira 60 hingga 65 kilogram.

Sementara itu, pakar terkemuka gajah Savana Afrika dan Pengasas Pertubuhan Pemuliharaan Elephant Voices, Joyce Poole menyifatkan foto Veronesi sebagai sangat menyayat hati.

Poole berkata, beliau pernah menyaksikan tingkah laku serupa oleh seekor ibu gajah terhadap anaknya yang mati ketika dilahirkan di Kenya.

Beliau berharap foto berkenaan dapat menyedarkan orang ramai gajah betina juga mampu mengalami kesedihan dan penderitaan seperti dialami manusia terutama wanita yang kehilangan anak.

Gajah dipercayai mengalami kesedihan apabila kehilangan haiwan yang rapat dengannya. Haiwan itu pernah diperhatikan mengunjungi bangkai atau sisa tulang ahli keluarga mahupun gajah yang tidak dikenali, menyentuh tulang berkenaan dan berdiri di sisinya untuk tempoh yang lama seolah-olah sedang berkabung.- UTUSAN

The post Foto ikonik rungkai kisah tragis ‘gajah meroyan’ appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 17:34 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 17:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.