Malaysian Attention Engine
Live wire
52Kastam rampas 1.19 tan dadah bernilai RM161.67 juta51Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara49Shuib Akhirnya Bersuara Isu Dengan Jep, Mohon Maaf Berulang Kali – “Aku Minta Maaf, Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan & Keegoaan…”46Lonjakan harga bahan api antara faktor bil elektrik melambung45Elliza masih trauma diburu ahlong44Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM42Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN40Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah36PRN Melaka: 'Usah cerita siapa calon, yang penting birukan Pantai Kundor' - Tuminah36Moriyasu dikaitkan dengan Harimau Malaya, FAM nafi rundingan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Furman jadikan rekod dunia sebagai gaya hidup

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:31 MYTLatest activity 15 Oct, 11:31BMconfidence 60%

What happened

ADA manusia yang mengejar satu impian sepanjang hayat, tetapi pemuda ini memilih jalan lebih pelik iaitu membuat sebanyak mungkin rekod dunia. (Kosmo!, 11:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Furman jadikan rekod dunia sebagai gaya hidup

By GHAZALI ALIAS · 15 Oct, 11:31 MYT

ADA manusia yang mengejar satu impian sepanjang hayat, tetapi pemuda ini memilih jalan lebih pelik iaitu membuat sebanyak mungkin rekod dunia.

Daripada melompat menggunakan pogo stick, berjalan sambil mengimbangi botol susu di atas kepala, melakukan aksi hula hoop di dalam air sehinggalah memecahkan rekod di pelbagai benua, semuanya berjaya dilakukan oleh Ashrita Furman dengan memecahkan Guinness World Records (GWR).

GWR mengiktirafnya sebagai pemegang gelaran bagi individu yang mempunyai paling banyak rekod dunia.

Dia telah memecahkan lebih 600 rekod sepanjang kariernya, dan lebih 200 rekod masih dipegangnya ketika ini.

Menariknya, perjalanan lelaki kelahiran Brooklyn, New York itu tidak bermula dengan kehebatan.

Dalam temu bual dengan ABC News, Furman memberitahu, ketika kecil, dia begitu tertarik dengan buku GWR sehingga sanggup membacanya di bawah selimut, walaupun pernah ditegur ibunya supaya berhenti membaca buku yang dianggapnya ‘silly book’.

“Pada ketika itu, rekod dunia hanyalah satu impian yang dirasakan mustahil kerana saya tidak mempunyai kelebihan fizikal.

“Saya tidak pernah menyangka perkara itu mampu dilakukan. Pada pandangan saya, pencapaian fizikal terlalu jauh daripada kemampuan saya,” katanya.

Perubahan besar berlaku apabila Furman mendalami meditasi dan ajaran guru kerohanian, Sri Chinmoy.

Berdasarkan perkongsian di portal GWR, Furman mula mengikuti Chinmoy ketika berusia sekitar 16 tahun.

Dia mengaitkan pencapaian fizikalnya dengan konsep self-transcendence iaitu usaha melampaui batas diri yang sering menjadi penghalang kepada seseorang daripada mencapai sesuatu.

Pada tahun 1978, tanpa latihan khusus, dia telah menyertai perlumbaan basikal selama 24 jam di New York selepas didorong oleh Chinmoy.

FURMAN memecahkan rekod dunia berbasikal di dalam air.

Keputusan perlumbaan itu mengejutkan dirinya sendiri apabila dia berjaya mengayuh sejauh kira-kira 652 kilometer, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

“Pengalaman itu menjadi titik perubahan yang meyakinkannya bahawa kemampuan manusia jauh lebih besar daripada apa dibayangkan.

“Tidak lama kemudian, saya mula memburu rekod Guinness. Percubaan pertama saya adalah melakukan jumping jacks secara berturut-turut,” ujarnya.

Katanya lagi, percubaan awal gagal, namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya.

Selepas menjalani latihan intensif selama beberapa minggu, dia kembali mencuba dan melakukan 27,000 jumping jacks dalam tempoh enam jam 45 minit, sekali gus mencipta rekod dunia pertamanya.

Pencapaian itu membawanya masuk ke dalam edisi GWR 1980, di samping nama terkenal seperti gimnas Olimpik, Nadia Comaneci.

Sejak itu, rekod menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Furman pernah melakukan perjalanan menggunakan pogo stick di Antartika, mendaki Gunung Fuji dengan pogo stick, mengimbangi botol susu di atas kepala sejauh puluhan batu, melakukan somersault sejauh 12 batu, bermain hula hoop di dalam air dan memecahkan pelbagai rekod memerlukan keseimbangan, ketahanan serta koordinasi luar biasa.

Guinness menyifatkan pencapaiannya merangkumi pelbagai kategori dan kemahiran, malah dia menjadi salah seorang individu yang pernah mencipta rekod di setiap benua.

Ujar Furman kepada GWR, mengejar rekod bukan semata-mata tentang nombor atau populariti.

“Usaha memecahkan rekod sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan rohani saya yang tidak dapat dipisahkan.

“Saya gemar mencari kategori yang mencabar dan menyeronokkan, manakala kepuasan sebenar datang apabila sesuatu yang pada mulanya kelihatan mustahil berjaya dilakukan,” kongsinya.

Pandangan itu turut menjelaskan faktor Furman tidak terlalu kecewa apabila rekodnya dipecahkan oleh orang lain.

Dalam laporan The Guardian, Furman digambarkan sebagai figura penting dalam komuniti pemecah rekod dunia dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu.

Pemecah rekod Jerman, Andre Ortolf, menceritakan bagaimana dia melihat nama Furman berulang kali dalam buku Guinness ketika kecil.

Hal itu membuat fikirannya terdetik bahawa jika Furman mampu memecahkan begitu banyak rekod, dia juga boleh mencubanya.

Pujian lebih besar datang daripada Ketua Editor GWR, Craig Glenday yang menyifatkan Furman seorang individu mempunyai disiplin atlet.

Jurucakap Guinness, Stuart Claxton pula pernah berkata, Furman berada dalam liganya tersendiri, dan tiada individu lain yang mampu menyamai jumlah pencapaiannya.

“Kisah Furman bukan sekadar cerita tentang lelaki yang mengumpul ratusan rekod pelik.

“Ia adalah kisah tentang seseorang yang pada awalnya menganggap dirinya tidak cukup atletik untuk menjadi juara dunia, tetapi akhirnya membina identiti melalui keberanian.

“Furman membuktikan bahawa rekod mungkin akhirnya dipecahkan oleh orang lain, tetapi keberanian untuk mencuba meninggalkan kesan yang lebih lama,” ujar Claxton.

The post Furman jadikan rekod dunia sebagai gaya hidup appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:56 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 11:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.