
Fury-Joshua mungkin bertarung jam 1 pagi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Cardiff: Pertarungan heavyweight yang dinanti-nantikan antara Tyson Fury dan Anthony Joshua berpotensi berlangsung pada awal pagi 12 Disember ini, sekiranya permohonan melanjutkan waktu acara di Cardiff, Wales diluluskan. (Harian Metro, 10:46)
Read the reporting
1 report
Fury-Joshua mungkin bertarung jam 1 pagi
Cardiff: Pertarungan heavyweight yang dinanti-nantikan antara Tyson Fury dan Anthony Joshua berpotensi berlangsung pada awal pagi 12 Disember ini, sekiranya permohonan melanjutkan waktu acara di Cardiff, Wales diluluskan.
Permohonan itu meminta kebenaran supaya pertarungan di Stadium Principality yang mampu menampung 74,000 penonton itu bermula dengan sesi masuk gelanggang (ring walk) pada jam 1 pagi waktu tempatan.
Waktu berkenaan bersamaan jam 8 malam di Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dan 5 petang di Pantai Barat negara itu pada 11 Disember, sekali gus membolehkan pertarungan itu disesuaikan dengan waktu tontonan penonton AS.
Stadium berkenaan, yang menjadi gelanggang rasmi pasukan ragbi kebangsaan Wales, dipilih sebagai lokasi kompromi selepas beberapa destinasi lain termasuk Dublin, Las Vegas dan New York turut dipertimbangkan, menurut laporan The Athletic.
Fury, 38, berasal dari Manchester, manakala Joshua, 36, dari Watford, Hertfordshire.
Kedua-dua petinju itu dilaporkan mempunyai syarat berbeza berhubung lokasi pertarungan berkenaan.
Mengikut peraturan Cardiff, acara tinju dan gusti perlu berakhir selewat-lewatnya jam 1 pagi.
Bagaimanapun, permohonan terbaharu itu meminta lanjutan waktu sehingga jam 3 pagi, dengan stadium dibenarkan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi.
Permohonan berasingan turut dikemukakan bagi membolehkan penjualan minuman beralkohol diteruskan hingga awal pagi.
Pertarungan yang diumumkan pada September lalu itu dijadual disiarkan menerusi platform penstriman Netflix, sekali gus dijangka menarik perhatian peminat tinju di seluruh dunia.
Orang ramai dan wakil rakyat mempunyai masa sehingga 3 November ini untuk mengemukakan pandangan kepada Majlis Cardiff berhubung permohonan melanjutkan waktu acara berkenaan.
Bagaimanapun, waktu pertarungan itu masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.