
Suspek samun bersenjata agresif, polis lepas tembakan amaran
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
TAWAU: Suspek kes samun bersenjata bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis dalam operasi di Kampung Titingan di sini, Jumaat lalu menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan. (Berita Harian, 09:06)
Read the reporting
1 report
Suspek samun bersenjata agresif, polis lepas tembakan amaran
TAWAU: Suspek kes samun bersenjata bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis dalam operasi di Kampung Titingan di sini, Jumaat lalu menyebabkan tembakan amaran terpaksa dilepaskan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, 9 Oktober lalu.
Rosdi berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau bersama Strike Team Balai Polis Tawau dan Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan menjalankan operasi di perkampungan air berkenaan.
Beliau berkata, operasi bertujuan mengesan suspek kes samun bersenjata dan cubaan merogol seorang wanita warga asing berusia 18 tahun yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi, hari sama.
Katanya, dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai RM434 milik mangsa dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3,500.
"Semasa operasi tangkapan, seorang suspek bertindak agresif dengan cuba menyerang anggota polis menggunakan sebatang besi sebelum terjun ke laut.
"Suspek turut memukul dan cuba melemaskan seorang anggota polis ketika dikejar sehingga tembakan amaran terpaksa dilepaskan sebelum suspek berjaya ditangkap," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Rosdi berkata, berikutan itu, dua anggota polis cedera dan pihaknya turut merampas sebatang besi yang digunakan ketika kejadian.
Katanya, suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an, tidak memiliki dokumen pengenalan sah dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Beliau menegaskan, rakaman video tular sebenarnya memaparkan tembakan amaran sahaja dilepaskan dan bukannya insiden berbalas tembakan ketika operasi terbabit.
Katanya, ia mungkin disalah tafir segelintir netizen di media sosial.
"Polis masih mengesan dua lagi suspek dipercayai terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 dan 354 Kanun Keseksaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.