
‘Gabungan boleh berubah tetapi perjuangan Pas mesti terus berjalan’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA TERENGGANU: Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengendurkan perjuangan Pas dalam arus politik di negara ini. (Utusan Malaysia, 10:59)
Read the reporting
1 report
‘Gabungan boleh berubah tetapi perjuangan Pas mesti terus berjalan’
KUALA TERENGGANU: Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengendurkan perjuangan Pas dalam arus politik di negara ini.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, perjuangan parti yang menerajui PN itu mesti terus berjalan walaupun berlaku pertukaran nama atau perubahan pada gabungan tersebut.
“Dalam politik yang semakin tidak menentu, Pas akan terus berdiri dengan kekuatan tersendiri bagi membina keyakinan rakyat, memperkukuh organisasi dan bersedia memikul amanah yang lebih besar,” katanya menerusi hantaran laman Facebook beliau, hari ini.
Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan dilapor membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu setelah pihaknya mengeluarkan notis pada 22 September lepas.
Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, katanya, Pendaftar Pertubuhan mendapati bahawa alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas-asas pembatalan pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis tersebut.
“(PN juga) tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” katanya.
PN sebelum ini dilaporkan menerima notis RoS pada 22 dan 23 September lalu susulan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa parti itu tidak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN walaupun masih menjadi parti anggota gabungan tersebut.
RoS kemudian memberi tempoh 30 hari kepada PN untuk mengemukakan representasi berhubung notis berkenaan. – UTUSAN
The post ‘Gabungan boleh berubah tetapi perjuangan Pas mesti terus berjalan’ appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.