Malaysian Attention Engine
Live wire
47Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44Brighton & Hove Albion v Crystal Palace - Premier League live updates and latest as Seagulls host Eagles43Hujan lebat cetus banjir, kerosakan di Korea Selatan3912 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat35Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena34Polis bertempur penunjuk perasaan di Perancis33Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah33Bapa, anak maut dihempap kontena ketika dalam perjalanan pulang ke rumah32Football: Soccer-Mbappe double helps Real Madrid sweep aside Sevilla ahead of El Clasico31General : Nepal Seeks Legal Amendments To Expedite Death Certs For 54 M'sians – Mohamad Hasan31Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara30Ketua jabatan perlu manfaat HBH, sesuaikan dengan keadaan jerebu - KPPA
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Gigihnya warga kota 'cari makan' dengan pelbagai cara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 06:34 MYTLatest activity 19 Oct, 06:34BMconfidence 60%

What happened

Gigihnya warga kota 'cari makan' dengan pelbagai cara (Harian Metro, 06:34)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Gigihnya warga kota 'cari makan' dengan pelbagai cara

By Syafil Syazwan Jefri · 19 Oct, 06:34 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

SELEPAS kejayaan merangkul pelbagai pujian menerusi filem La Luna dan Badak, pengarah berbakat besar M Raihan Halim bakal kembali menemui peminat menerusi naskhah terbaharunya berjudul Goreng!.

Filem aksi komedi yang menampilkan gandingan mantap barisan pelakon popular seperti Nadhir Nasar, Sky Iskandar, Chech Harith, Tony Eusoff dan Amelia Henderson itu kini rancak menjalani proses penggambaran.

Bagi Raihan, filem Goreng! membawakan warna dan rasa yang tersendiri kerana ia dibina berteraskan plot berbeza dengan naskhah Badak yang lebih berfokus kepada pembangunan watak.

"Filem Goreng! ini lebih dekat pendekatannya dengan La Luna. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menterjemahkan karya ini adalah dorongan untuk menunjukkan semangat dan kesibukan warga Kuala Lumpur.

"Saya sangat teruja apabila melihat anak-anak muda di pasar malam gigih memulakan perniagaan. Saya mahu merakamkan rasa dan semangat 'hustle' itu untuk ditayangkan ke layar lebar," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon utama, Raihan mengakui dua watak utama yang diterajui Sky Iskandar dan Nadhir Nasar memang ditulis khas buat mereka kerana dirinya adalah peminat tegar dua bintang muda berkenaan.

Malah, watak Tony pula sememangnya dirangka khusus untuk Tony Eusoff.

Namun, pembabitan pelakon baharu, Chech Harith mencuri tumpuan tersendiri apabila dia dipilih sebelum namanya meledak menerusi naskhah popular, Kudrat 1968: High Council.

"Ada yang bertanya adakah saya memilih Chech kerana dia sudah popular? Sebenarnya tidak. Secara rasminya, kami memilih Chech kira-kira tujuh jam sebelum episod pertama drama itu keluar.

"Pada hari Jumaat itu, selepas waktu solat kami berjumpa dengannya dan pada sebelah malam baru drama berkenaan ditayangkan.

"Memang rezeki dan sejujurnya dia mempunyai 'jiwa' yang sangat bertepatan dengan watak itu," katanya.

Demi memastikan visual serta suasana yang dizahirkan kelihatan asli, pihak produksi turut mengambil langkah berani dengan membina sendiri set penggambaran kedai secara khusus.

"Ruang asal lokasi ini sebenarnya kawasan logistik. Apabila kami mahu menyewa premis ini, terdapat kedai alat tulis di bahagian atas.

"Jadi di bahagian bawah, kami bina sendiri set kedai ini untuk kegunaan penggambaran selama dua bulan sebelum ia ditutup semula," katanya.

Menyentuh mengenai strategi promosi dan penerimaan penonton, Raihan optimis bahawa strategi pemasaran yang bermula awal menjadi kunci utama dalam membina kesedaran terhadap kehadiran sesebuah karya.

Dia turut menjadikan pembikin filem legenda seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham AR Tompel sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan karya yang bukan sahaja sebuah filem, malah berupaya mencetuskan fenomena.

"Sebagai pembikin filem, kadang-kadang kita terlalu obses dengan proses penggambaran sehingga terlupa aspek pemasaran. Menerusi Goreng!, kami mendedahkan penceritaan kepada media lebih awal.

"Pemasaran dan persekitaran di sekeliling filem itu sama penting, malah mungkin lebih penting daripada filem itu sendiri," katanya.

Sambil menepis anggapan bahawa jalan cerita filem ini diangkat sepenuhnya daripada kejadian sebenar, Raihan menegaskan Goreng! sekadar mengambil inspirasi daripada garapan realiti kehidupan.

"Ia bukan kisah benar. Cerita ini mengisahkan bagaimana kadang-kadang Allah menunjukkan jalan yang berbeza untuk kita ikuti.

"Watak-watak ini mahu mencari wang dengan cara mudah, tetapi mesej utamanya ialah jika kita bekerja keras, insya-Allah kesudahannya adalah berbaloi.

"Dari segi pengarahan pula, cabaran utama adalah mengimbangi tenaga (energy) barisan pelakon yang sangat besar. Jika dahulu saya selesa dengan teknik 'single shot', kali ini saya menggunakan lebih banyak 'shot' pelbagai bagi memastikan tenaga mereka terserlah di skrin," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:00
Latest 07:40 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 06:34 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:34

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.