Malaysian Attention Engine
Live wire
51Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’40General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance37Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City3627 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti36Lawatan Mohamed Khaled ke Jepun perkukuh kerjasama pertahanan35Business : Japan's Yuzu Fruit Taps Malaysia's Halal Market34Jangan tunggu ditimpa musibah, 1.2 juta pencarum disaran kembali carum LINDUNG 24 Jam33Polis pandang serius ugutan bakar kedai warga asing32General : AKPS Officer's Remains Laid To Rest In Kelantan30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 09:00 MYTLatest activity 18 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

PARIS: Perusuh memecah masuk kedai di beberapa bandar di Perancis, termasuk premis jenama mewah dan kedai roti, ketika berlangsung protes berhubung kos sara hidup, menurut wartawan AFP dan pihak berkuasa. (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah

By Wartawan Luar Negara · 18 Oct, 09:00 MYT

PARIS: Perusuh memecah masuk kedai di beberapa bandar di Perancis, termasuk premis jenama mewah dan kedai roti, ketika berlangsung protes berhubung kos sara hidup, menurut wartawan AFP dan pihak berkuasa.

Di Paris berhampiran Dataran Republique, cermin hadapan sebuah kedai produk penjagaan kulit pecah sebelum perusuh mencampakkan produk kecantikan kepada puluhan orang yang berkumpul di luar, menurut pemerhatian wartawan AFP .

Perusuh turut membaling telefon bimbit ke arah orang ramai selepas memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi.

Monumen utama di Dataran Republique diconteng dengan grafiti, manakala batu turap di kaki monumen itu dicabut. Sebuah bar bernama La Barrique pula terbakar.

Sekumpulan anak muda memecah masuk sebuah pasar raya berhampiran dan mengambil botol minuman beralkohol serta tin minuman sebelum membalingnya ke arah anggota polis, menurut seorang lagi wartawan AFP.

Di Marseille, bandar kedua terbesar Perancis, penunjuk perasaan yang marah merosakkan puluhan kedai, termasuk premis jenama mewah Hermes serta kedai yang menjual barang kemas, pakaian, alat solek, peralatan rumah dan roti, menurut seorang lagi wartawan AFP.

Pasukan bomba berkata, mereka turut memadamkan kebakaran yang bermula di sebuah kedai kasut.

Datuk Bandar daripada Parti Sosialis, Arnaud Deslandes memaklumkan, beberapa kedai turut dirosakkan di Perancis di Lille apabila perusuh memecah masuk sebuah kedai Apple di pusat bandar.

Beberapa kedai di Nice, bandar di selatan Perancis, turut diceroboh, termasuk premis pakaian sukan dan sebuah pengedar motosikal.

Kuasa beli penduduk Perancis merosot sejak 2024, manakala harga bahan api melonjak sejak tercetusnya perang Amerika Syarikat (AS)-Iran awal tahun ini.

Ketika Perancis bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memilih pengganti Presiden, Emmanuel Macron tahun depan, kemarahan orang ramai turut meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini berhubung dakwaan kekerasan polis terhadap pelajar sekolah menengah yang menyertai demonstrasi.-AFP

The post Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 09:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.