
Hujan lebat cetus banjir, kerosakan di Korea Selatan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SEOUL: Hujan lebat disertai tiupan angin kencang melanda Seoul dan beberapa kawasan lain di Korea Selatan pada Ahad, menyebabkan banjir di kawasan bandar serta menimbulkan risiko keselamatan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap. (Berita Harian, 07:09)
Read the reporting
1 report
Hujan lebat cetus banjir, kerosakan di Korea Selatan
SEOUL: Hujan lebat disertai tiupan angin kencang melanda Seoul dan beberapa kawasan lain di Korea Selatan pada Ahad, menyebabkan banjir di kawasan bandar serta menimbulkan risiko keselamatan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut pegawai pihak berkuasa bandar raya Seoul, hujan lebat setempat menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya itu ditenggelami air apabila daun-daun gugur yang diterbangkan angin kencang menyumbat sistem perparitan.
Daerah Gangbuk di utara Seoul merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 53.5 milimeter (mm) sejam, iaitu intensiti hujan setiap jam paling tinggi di seluruh negara sepanjang ribut itu.
Setakat 5 petang, pihak bomba Seoul menerima 129 panggilan kecemasan, termasuk 47 permohonan bantuan mengalirkan air, 21 laporan pokok tumbang dan 60 permintaan pemeriksaan keselamatan kemudahan awam.
Seoul mengeluarkan amaran kecemasan menerusi khidmat pesanan ringkas pada 3.16 petang, menggesa penduduk menjauhi kawasan rendah dan berisiko tinggi susulan hujan lebat dalam keadaan angin kencang.
Walaupun amaran hujan lebat bagi kawasan timur laut, barat laut dan barat daya ditarik balik pada 3.30 petang, hujan di kawasan tertentu masih berterusan sepanjang petang.
Jumlah hujan terkumpul setakat 5 petang mencatatkan bacaan tertinggi 65mm di daerah Gangbuk, manakala daerah Songpa di selatan Seoul merekodkan bacaan terendah di bandar raya itu, iaitu 20mm.
Peningkatan paras air memaksa pihak berkuasa bandar raya mengehadkan akses ke 16 batang sungai utama di kawasan bandar.
Aliran trafik turut terganggu di beberapa laluan utama. Jalan di bawah Jambatan Jeungsan di daerah Seodaemun ditutup sepenuhnya kira-kira 3.04 petang akibat banjir.
Amaran cuaca turut dikeluarkan bagi lebuh raya utama, menggesa pemandu supaya berhati-hati ketika melalui jalan basah dan berdepan angin kencang.
Sebatang pokok tumbang di jalan raya yang sibuk di daerah Gangnam di selatan Seoul, menghalang lalu lintas kenderaan dan pergerakan pejalan kaki.
Di daerah Eunpyeong di barat laut Seoul, paras air di beberapa kawasan rendah meningkat sehingga melebihi paras lutut.
Beberapa pemilik kedai dilihat membersihkan sendiri timbunan daun gugur yang menyumbat lubang saliran bagi mempercepatkan pengaliran air.
Cuaca buruk turut menyebabkan pembatalan beberapa acara awam utama di luar bangunan, termasuk Grand Mint Festival yang dijadual berlangsung di Taman Olimpik di Songpa.
Seoul mengaktifkan protokol tindak balas kecemasan Tahap 1 pada 2.40 petang dan memulakan operasi sebahagian daripada 12 stesen pam air hujan bagi mengalirkan air dari jalan raya yang ditenggelami banjir.
"Walaupun hujan kelihatan semakin reda, laporan kerosakan terus diterima.
"Keutamaan kami adalah untuk menyelesaikan laporan keselamatan yang masih tertunggak dengan segera serta mencegah kemalangan susulan melalui kerjasama rapat dengan pejabat daerah," kata seorang pegawai Seoul.
Incheon yang terletak di sebelah barat Seoul serta beberapa kawasan di wilayah Gyeonggi berhampiran ibu negara turut mengalami kerosakan akibat cuaca buruk itu.
Menurut pihak bomba dan pihak berkuasa kaji cuaca, tiga orang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah kenderaan di jalan raya yang dinaiki air di Incheon, sejurus sebelum 3 petang Ahad.
Pihak berkuasa menerima 323 laporan kerosakan akibat angin kencang dan hujan di Gyeonggi, manakala 78 kes dilaporkan di Incheon.
Pokok tumbang dan papan tanda premis perniagaan diterbangkan angin di beberapa kawasan di Incheon, wilayah Gyeonggi, wilayah Chungcheong Selatan, wilayah Jeolla Utara dan Pulau Jeju di selatan negara itu.
Menurut Incheon International Airport Corp, sebanyak 40 penerbangan dibatalkan pada Ahad akibat cuaca buruk, dengan 36 daripadanya dibatalkan lebih awal berdasarkan ramalan cuaca, manakala empat lagi dibatalkan pada hari berkenaan.
Selain itu, 34 penerbangan mengalami kelewatan dan sembilan penerbangan terpaksa berpatah balik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.