
Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA TERENGGANU : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori ketika mahu mengambil bola di atas jalan di Kampung Surau Haji Daud, di sini, hari ini. (Utusan Malaysia, 19:41)
Read the reporting
1 report
Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola
KUALA TERENGGANU : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori ketika mahu mengambil bola di atas jalan di Kampung Surau Haji Daud, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, di siniu dipercayai tiba-tiba memasuki laluan lori berkenaan dari arah rumahnya di sebelah kiri jalan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kemalangan berlaku ketika lori jenis Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari Kampung Surau Haji Daud menghala ke Kampung Tok Dir.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) d untuk tindakan lanjut dan bedah siasat dijalankab malam ini.,” katanya hari ini.
Katanya, lori yang terlibat dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
The post Budak lapan tahun maut dilanggar lori ketika ambil bola appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.