Malaysian Attention Engine
Live wire
37BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia36Motorsport: Motor racing-Red Bull extend F1 boss Mekies' contract through 203134Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202529General : PM Anwar Wants Um Student Residence Project As Model of Leakage-free Development28Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos28[TERKINI] Seorang penjawat awam wanita maut dipercayai dibunuh suami28Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia27Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM27Tak penting pemimpin PAS jadi ketua pembangkang, kata Iskandar27Amanah confident of holding Bukit Katil despite predictions of BN gains26Next-of-kin of Long Lellang crash victims to receive RM130,000 in benefits, monthly pensions26Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Guan Eng syor hukuman rotan, pasang CCTV tangani masalah disiplin, keselamatan sekolah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 23:30 MYTLatest activity 15 Oct, 23:30BMconfidence 60%

What happened

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) cadang peruntukan khas untuk latih guru kenal pasti tanda awal tekanan emosi dan potensi keganasan dalam kalangan murid. KUALA LUMPUR: Isu pendidikan melibatkan aspek disiplin dan keselamatan pelajar, kualiti pengajaran serta pemerkasaan pendidikan kemahiran menjadi tumpuan pada penghujung minggu pertama sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini. (Free Malaysia Today, 23:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Guan Eng syor hukuman rotan, pasang CCTV tangani masalah disiplin, keselamatan sekolah

By Bernama · 15 Oct, 23:30 MYT

Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) cadang peruntukan khas untuk latih guru kenal pasti tanda awal tekanan emosi dan potensi keganasan dalam kalangan murid. KUALA LUMPUR: Isu pendidikan melibatkan aspek disiplin dan keselamatan pelajar, kualiti pengajaran serta pemerkasaan pendidikan kemahiran menjadi tumpuan pada penghujung minggu pertama sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) dalam perbahasannya mencadangkan supaya penggunaan rotan di sekolah kembali diperluas sebagai antara langkah menangani masalah disiplin dan buli, selain disertai pemeriksaan psikologi secara berkala terhadap guru yang ditugaskan melaksanakan hukuman itu.

“Mengapa pada zaman sekolah kami dahulu pada 1970an, merotan dibenarkan secara meluas, tidak ada kes bunuh atau rogol berlaku seperti sekarang? Malah, tidak ada kesan psikologi negatif ke atas pelajar dan ramai daripada mereka yang berjaya serta masyhur,” katanya.

Beliau turut mengesyorkan peruntukan kecemasan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lebih 10,000 sekolah kerajaan di seluruh negara, selain pembentukan sistem sokongan antibuli dan antigangguan seksual yang menyeluruh, termasuk meningkatkan rondaan keselamatan serta program libat urus bersama pelajar dan ibu bapa.

Senada dengan Lim, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menegaskan isu keselamatan dan gejala buli di sekolah tidak boleh dipandang ringan dan mencadangkan peruntukan khas bagi melatih guru mengenal pasti tanda awal tekanan emosi dan potensi keganasan dalam kalangan murid.

Beliau turut menggesa setiap sekolah dilengkapi bilangan kaunselor mencukupi serta program penilaian psikologi berstruktur bagi membolehkan intervensi awal dilaksanakan.

Isu berkaitan pendidikan turut dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen lain, termasuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah), William Leong Jee Keen (PH-Selayang) dan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang antara lain menggesa pendidikan Tingkatan Enam diperkasakan sebagai laluan akademik ke universiti dan tidak dianggap sebagai pilihan terakhir.

Mengenai pendidikan kemahiran, Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) menggesa kerajaan memperluas akses Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada belia luar bandar, khususnya di Sarawak, dengan program latihan yang diselaraskan mengikut keperluan sebenar industri dan pasaran pekerjaan.

“Peluang latihan kemahiran ini tidak sepatutnya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja. Anak-anak muda di luar bandar dan di Sarawak mesti juga diberikan peluang sama rata untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik,” katanya.

Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) turut bersetuju supaya TVET diperluas ke luar bandar bagi memberi peluang kepada lebih 50,000 pelajar yang tidak layak memperoleh sijil SPM setiap tahun kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Ali anak Biju (PN-Saratok) pula meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mempercepat pembangunan infrastruktur pendidikan di luar bandar Sarawak bagi memastikan kemudahan pembelajaran yang selamat dan berkualiti dapat dinikmati murid, khususnya di kawasan pedalaman.

Mengambil contoh kelewatan projek pembinaan gantian penuh SK Abang Leman di Kabong, beliau berkata, tindakan lebih tegas perlu dikenakan terhadap kontraktor yang gagal memenuhi jadual pelaksanaan projek bagi mengelakkan projek itu menjadi projek gajah putih.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 00:25 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
15 Oct, 23:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    23:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.