Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Hajat ziarah kubur suami, dua anak makbul selepas dua bulan nahas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:00 MYTLatest activity 17 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

KAMPAR: Hajat Norhayati Razali, 55, wanita yang terselamat dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut dirempuh lori Jabatan Imigresen di ibu negara pada Ogos lalu termakbul selepas hampir dua bulan kemalangan itu. (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Hajat ziarah kubur suami, dua anak makbul selepas dua bulan nahas

By AIN SAFRE BIDIN · 17 Oct, 09:00 MYT

KAMPAR: Hajat Norhayati Razali, 55, wanita yang terselamat dalam nahas membabitkan tiga beranak yang maut dirempuh lori Jabatan Imigresen di ibu negara pada Ogos lalu termakbul selepas hampir dua bulan kemalangan itu.

Norhayati yang mengalami kecederaan parah menziarahi kubur suaminya, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu di sini semalam.

Dia bersyukur kerana dapat menziarahi kubur tiga ahli keluarga selepas hasratnya tertangguh kerana terlantar akibat kecederaan.

Norhayati yang berkerusi roda dibantu adiknya, Azlan Rozali dan anaknya, Siti Amirul Shakira Shaik Mohd. Firdaus ke tanah perkuburan.

“Saya bersyukur kerana akhir­nya dapat juga menziarahi kubur suami dan anak-anak buat pertama kali selepas nahas yang berlaku. Ini pertama kali saya masuk hingga ke kubur mereka.

“Sebelum ini saya hanya melihat kubur mereka dari luar pagar semasa menaiki ambulans untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Sudah tentu saya rasa sedih kerana kehilangan tiga ahli keluarga sekali gus, kejadian yang langsung tidak disangka-sangka tiba-tiba sahaja berlaku,” kata­nya kepada Utusan Malaysia .

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 1 pagi pada 18 Ogos lalu, tiga beranak itu maut di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah lori Jabatan Imigresen dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur.

Pada 20 Ogos, pemandu terlibat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan terhadapnya.

Tertuduh, Mohd. Akbar Zai­nol, 43, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Jabatan Imigresen turut me­nu­buhkan jawatankuasa siasatan khas bagi meneliti secara menyeluruh kes kemalangan maut itu.

Mengenai kecederaannya, Nor­hayati berkata, dia kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kampar dan doktor memaklumkan kecederaannya semakin baik tetapi mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Katanya, walaupun sudah bertambah baik, dia masih tidak dapat berjalan sebaliknya perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Ikut kata doktor keadaan saya semakin pulih, tangan yang patah sudah boleh digerakkan. Namun, kaki yang patah masih tidak boleh berpijak. Kaki kanan bahagian yang paling teruk cede­ra,” katanya. – UTUSAN

The post Hajat ziarah kubur suami, dua anak makbul selepas dua bulan nahas appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Hajat ziarah kubur suami, dua anak makbul selepas dua bulan nahas · Malaysian Attention Engine