Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Hamilton lebih teruja berlumba di litar basah GP Singapura

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 04:29 MYTLatest activity 9 Oct, 04:29BMconfidence 60%

What happened

Singapura: Lewis Hamilton amat mengharapkan perlumbaan dalam keadaan basah pada Grand Prix (GP) Singapura minggu ini selepas hujan di Malaysia minggu lalu menyaksikan dia mempamerkan pemanduan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga walaupun bermula dengan tayar kering yang tidak sesuai. (Harian Metro, 04:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Hamilton lebih teruja berlumba di litar basah GP Singapura

By AFP · 9 Oct, 04:29 MYT

Singapura: Lewis Hamilton amat mengharapkan perlumbaan dalam keadaan basah pada Grand Prix (GP) Singapura minggu ini selepas hujan di Malaysia minggu lalu menyaksikan dia mempamerkan pemanduan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga walaupun bermula dengan tayar kering yang tidak sesuai.

Kekecewaan berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila jentera tidak dapat bergerak sebaik sahaja berada di litar basah akibat gangguan perisian.

Beberapa pelumba, termasuk Hamilton, terhenti ketika pusingan formasi pertama menyebabkan prosedur permulaan perlumbaan terpaksa dibatalkan.

Apabila perlumbaan akhirnya dimulakan hampir sejam kemudian, hujan sudah berhenti dan dalam tempoh kira-kira sembilan pusingan, permukaan litar kembali kering.

Hamilton berharap perlumbaan akan dimulakan dalam keadaan yang mencabar dan berbahaya.

"Perlumbaan dalam keadaan basah tidak lagi sama seperti yang pernah kita lalui sebelum ini," kata juara dunia tujuh kali berusia 41 tahun itu, yang memulakan karier F1 bersama McLaren pada 2007.

"Saya pernah melalui perlumbaan hebat pada 2008 dalam hujan. Saya suka berlumba dalam hujan.

"Saya seperti, 'mari kita mulakan' dalam keadaan ekstrem, kerana ketika itulah kita benar-benar dapat menguji kemampuan diri.

"Adakah ia lebih berisiko? Sudah tentu. Sebab itu ketika saya menggunakan tayar slick (di Malaysia), ia adalah keadaan paling mencabar. Litar basah dan saya menggunakan tayar slick.

"Tetapi saya sukakan cabaran itu dan itulah perlumbaan – ketika anda perlu memandu dengan bergantung sepenuhnya kepada naluri," katanya.

Hujan berkemungkinan memainkan peranan dalam perlumbaan pecut pada Sabtu dan GP pada Ahad di Litar Marina Bay.

Perlumbaan pecut yang diperkenalkan tahun ini bermakna pelumba dan pasukan hanya mempunyai satu sesi latihan pada Jumaat untuk mendapatkan rentak di litar.

"Menarik untuk datang ke sini, ke Singapura, dan anda hanya mempunyai satu sesi.

"Semua orang berada dalam keadaan yang sama – sesi latihan boleh berjalan dengan baik, atau sebaliknya. Kita lihat bagaimana keadaannya esok," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 19NEWnow08:0009:00
Latest 09:03 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 04:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    04:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.