
Bottas kongsi cerita terjumpa ular tedung, dikejar anjing
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Singapura: Valtteri Bottas memilih cara luar biasa untuk ke Singapura bagi menghadapi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) hujung minggu ini apabila pelumba Cadillac itu mengayuh sejauh 420 kilometer (km) dari Sepang, Malaysia, sambil berdepan ular tedung dan ular sawa dalam pengembaraan hutan yang disifatkannya sebagai 'epik'. (Harian Metro, 04:07)
Read the reporting
2 reports
Bottas kongsi cerita terjumpa ular tedung, dikejar anjing
Singapura: Valtteri Bottas memilih cara luar biasa untuk ke Singapura bagi menghadapi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) hujung minggu ini apabila pelumba Cadillac itu mengayuh sejauh 420 kilometer (km) dari Sepang, Malaysia, sambil berdepan ular tedung dan ular sawa dalam pengembaraan hutan yang disifatkannya sebagai 'epik'.
Pelumba Finland berusia 37 tahun itu yang sememangnya gemar berbasikal tiba tepat pada masanya untuk tugasan media pada hari ini di Litar Marina Bay selepas menghabiskan beberapa hari meredah jalan luar bandar dan laluan tanah dengan basikal, berbanding menaiki penerbangan singkat.
Peminat mengikuti perjalanannya menerusi media sosial, dengan Bottas mendapat bantuan merancang laluan daripada komuniti penunggang basikal gravel Malaysia, selain sebuah kenderaan sokongan sentiasa berada berdekatan.
"Saya nampak beberapa ekor ular, yang pada mulanya agak membimbangkan saya, tetapi sebenarnya ular itu tenang saja. Mereka hanya melakukan apa yang mereka biasa lakukan.
"Saya nampak seekor ular tedung dan seekor ular sawa melintas di laluan di hadapan saya. Saya juga nampak beberapa ekor biawak besar. Ada seekor berada di laluan dan saya terpaksa melompatinya dengan basikal kerana saya hanya nampak pada saat-saat akhir," kata Bottas kepada pemberita.
Bottas berkata, dia turut tersangkut di belakang sekumpulan lembu pada satu ketika dan pernah dikejar seekor anjing. Dia juga terpaksa berbasikal selepas hari gelap untuk mengelakkan cuaca panas.
"Yang paling luar biasa ialah berbasikal pada waktu malam di dalam hutan. Bunyi-bunyi di situ... fikiran mula bermain macam-macam, seperti tertanya-tanya apa yang ada di luar sana?
"Tetapi anda hanya perlu teruskan perjalanan. Berbasikal dengan lampu pada waktu malam mungkin adalah perkara paling epik. Biasanya saya berbasikal beberapa jam pada penghujung hari ketika gelap, tetapi saya sentiasa mula sekitar jam 2 petang.
"Dua jam pertama sebenarnya sentiasa paling sukar, tetapi kemudian keadaan mula menjadi sedikit sejuk dan semakin nyaman apabila malam tiba," katanya.
Bottas berkata sebahagian besar perjalanannya dilakukan di luar jalan berturap, manakala penduduk tempatan turut memberikan sokongan selepas kisah cabaran berbasikalnya tular.
"Ada beberapa bahagian yang agak mencemaskan, tetapi saya rasa petang pertama ketika mula mengalami pengalaman berbasikal dalam keadaan gelap di laluan sempit dengan hanya menggunakan lampu adalah yang paling mencemaskan kerana saya tidak pernah benar-benar melakukannya sebelum ini.
"Jadi, pada mulanya agak mencemaskan, tetapi kemudian saya mula membiasakan diri. Sekurang-kurangnya anda tahu di kawasan liar itu tiada apa yang akan memburu anda.
"Saya rasa tiada harimau atau apa-apa pun, sekurang-kurangnya saya harap begitulah. Tetapi saya tidak bimbang tentang perkara itu," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro04:07
- Step 2NewsSAYS04:07 · +1 min
Internet reaction
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.



