Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ45CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Labourer claims trial to raping, sexually assaulting teenage stepdaughter44Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202744US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says43World : 17 Rescued, One Missing After Cargo Ship Sinks Off Indonesia's East Java42Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

Jerebu tak ancam F1 GP Singapura

Only social or community posts, or a single source.

Attention
13
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 03:10 MYTLatest activity 9 Oct, 03:10BMconfidence 60%

What happened

Singapura: Badan induk sukan permotoran dunia berkata jerebu rentas sempadan akibat kebakaran di Indonesia yang menyebabkan tahap pencemaran udara di Singapura mencecah paras tidak sihat, hari ini, tidak mengancam penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) hujung minggu ini. (Harian Metro, 03:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Jerebu tak ancam F1 GP Singapura

By AFP · 9 Oct, 03:10 MYT

Singapura: Badan induk sukan permotoran dunia berkata jerebu rentas sempadan akibat kebakaran di Indonesia yang menyebabkan tahap pencemaran udara di Singapura mencecah paras tidak sihat, hari ini, tidak mengancam penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) hujung minggu ini.

Kualiti udara di Singapura sekali lagi melepasi paras ditetapkan sehingga menjadikannya antara bandar paling tercemar di dunia, menurut pemantauan syarikat berpusat di Switzerland, IQAir.

"Paras kualiti udara sedang dipantau pihak berkuasa tempatan berkaitan dan langkah-langkah kecemasan sewajarnya sudah tersedia sekiranya keadaan bertambah buruk," kata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dalam kenyataan kepada AFP.

FIA berkata sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk, 'bergantung kepada tahap pencemaran, mungkin terdapat beberapa sekatan terhadap aktiviti luar yang lebih tertumpu kepada aktiviti hiburan berbanding kawasan Paddock dan litar'.

Bagaimanapun, FIA berkata berdasarkan maklumat terkini yang diterima, kualiti udara dan jerebu tidak dijangka mengancam aktiviti di litar atau kelancaran penganjuran perlumbaan itu.

Penganjur perlumbaan turut tidak bimbang mengenai keadaan jerebu itu walaupun laman sesawang IQAir menunjukkan Singapura sebagai bandar utama ketiga paling tercemar di dunia selepas Kuala Lumpur dan Kinshasa, dengan bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) 174.

AQI menukarkan ukuran bahan pencemar kepada satu angka bagi menunjukkan tahap kualiti udara dan potensi risiko terhadap kesihatan.

Bacaan melebihi 150 diklasifikasikan sebagai tidak sihat, manakala paras melebihi 300 dianggap berbahaya.

Data Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura pula menunjukkan kesemua lima wilayah di negara itu merekodkan tahap pencemaran udara yang "tidak sihat".

Singapura dan Malaysia dilanda jerebu tebal selama lebih sebulan apabila asap daripada kebakaran tidak terkawal di kepulauan Borneo dan Sumatera ditiup merentasi sempadan.

Kemungkinan berlaku jerebu hanyalah satu daripada "banyak isu berpotensi" yang sudah diambil kira dalam pelan kecemasan keseluruhan bagi perlumbaan itu, kata Singapore GP dalam satu kenyataan.

"Sekiranya jerebu menyebabkan masalah dari segi jarak penglihatan, kesihatan awam atau operasi, GP Singapura akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk menilai keadaan sebelum sebarang keputusan bersama mengenai penganjuran acara dibuat," katanya.

Jurucakap F1 kepada AFP berkata: "Tiada langsung risiko terhadap penganjuran acara itu dan keadaan di lokasi perlumbaan tidak berada pada tahap yang membimbangkan."

© New Straits Times Press (M) Bhd

Text and pictures from Harian Metro, shown with attribution.Read at Harian Metro

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 18NEWnow08:0009:0010:0011:0012:00
Latest 12:45 MYT
13New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 03:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    03:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jerebu tak ancam F1 GP Singapura
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.