
Hampir 400 calon pelakon serbu uji bakat filem Uyaina
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Hampir 400 calon pelakon serbu uji bakat filem Uyaina (Harian Metro, 16:41)
Read the reporting
1 report
Hampir 400 calon pelakon serbu uji bakat filem Uyaina
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sesi uji bakat terbuka bagi filem sulung terbitan pengacara, Uyaina Arshad berjudul Ragging - Melawan Bungkam mendapat sambutan luar biasa apabila diserbu hampir 400 calon pelakon untuk mencuba nasib.
Uyaina, 34, berkata dia sangat bersyukur dan tidak menyangka akan menerima reaksi serta kehadiran yang begitu memberangsangkan daripada orang ramai.
"Jujurnya, saya memang tidak menjangka akan menerima kehadiran (peserta uji bakat) seramai itu. Ada yang datang jauh dari Brunei, Pulau Pinang dan Melaka.
"Sesi uji bakat kami sepatutnya dibuka pada jam 9 pagi, tetapi seawal jam 6.30 pagi dan 7 pagi mereka sudah mula beratur di luar pintu pagar," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Uyaina, melihat kepada semangat dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh peserta, dia bersama pasukannya mengambil keputusan untuk melanjutkan masa uji bakat bagi memastikan semua calon dinilai.
"Kami beroperasi sehingga lewat malam kerana mahu menyantuni setiap peserta yang hadir. Kasihan pada mereka yang sudah datang dari jauh dan sanggup menunggu lama.
"Bagi melancarkan proses pada hari kedua, kami turut menyediakan ruang saringan terlebih dahulu sebelum mereka masuk ke bilik uji bakat utama," katanya.
Filem Ragging - Melawan Bungkam dijadualkan memulakan penggambaran pada Disember ini dan dijangka menemui penonton di pawagam pada pertengahan tahun depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.