Malaysian Attention Engine
Live wire
47General : Haze: No Childcare Centres Ordered To Close, Outdoor Activities Halted - Nancy46General : KPN Studying Mediation Act Amendments45Redza Rosli sedia berlakon filem, mahu lari watak klise44'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS42Loke: We cannot stop foreigners from using public buses, but all passengers must comply with rules41Pegawai kerajaan maut ditikam suami4012 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat36Black Hanfiah buat laporan polis, ditipu keli kedua35Pelajar TVET bakal jalani latihan industri dengan jaminan pekerjaan34Djokovic returns to Basel in ATP Finals bid34Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy34Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewConfirmedupdated 54 min ago

PRN Sarawak mungkin diadakan Disember ini - Abdul Karim

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 13:53 MYTLatest activity 17 Oct, 14:12BMconfidence 80%

What happened

PRN Sarawak mungkin diadakan Disember ini - Abdul Karim (Harian Metro, 13:53)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

PRN Sarawak mungkin diadakan Disember ini - Abdul Karim

By Mohd Roji Kawi · 17 Oct, 13:53 MYT

mdroji@bh.com.my

Kuching: Pilihan Raya Negeri ke-13 Sarawak (PRN Sarawak) berkemungkinan diadakan Disember ini, dengan tarikh 12 atau 19 Disember antara kemungkinan yang dilihat sesuai.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata, bagaimanapun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada keputusan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, manakala tarikh sebenar PRN Sarawak hanya akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, penggal DUN Sarawak akan berakhir secara automatik selepas tempoh lima tahun yang genap Februari tahun depan.

"Apabila DUN dibubarkan, SPR di bawah undang-undang pilihan raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

"Sebab itu ada yang kata boleh sampai Februari, tetapi saya melihatnya sehingga Disember kerana itu tempoh lima tahun penggal DUN," katanya.

Abdul Karim berkata, berdasarkan keadaan semasa, tempoh untuk menentukan tarikh pilihan raya semakin singkat, terutama mengambil kira proses yang perlu dilalui SPR selepas pembubaran DUN.

Beliau berkata, jika pembubaran berlaku pada penghujung Oktober atau November, SPR memerlukan masa untuk bersidang sebelum menetapkan tarikh pilihan raya, selain lazimnya menyediakan tempoh berkempen sekitar dua minggu.

Menurutnya, kemungkinan mengadakan pilihan raya pada Januari atau Februari juga dilihat kurang sesuai berikutan beberapa perayaan dan bulan Ramadan, sekali gus mengecilkan ruang masa untuk pelaksanaan PRN.

"Jadi, kita hanya ada November dan separuh Disember. Sebab itu saya katakan ia mungkin benar, mungkin tidak, semuanya bergantung kepada bila pembubaran dibuat.

"Saya boleh katakan pembubaran itu akan berlaku tidak lama lagi," katanya.

Sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PDP), Abdul Karim berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersedia menghadapi PRN, termasuk parti pembangkang yang dijangka turut membuat persiapan.

Mengenai calon GPS, Abdul Karim berkata, keputusan mengenainya diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti, namun menjangkakan berlaku perubahan calon pada setiap pilihan raya bagi memastikan kesinambungan kepimpinan.

"Pada setiap pilihan raya, sekurang-kurangnya 10 peratus calon mungkin ditukar dan dalam 10 hingga 30 peratus calon baharu itu, kita juga perlu mengambil kira peranan wanita dan golongan muda," katanya.

Mengenai peluang GPS mempertahankan majoriti dua pertiga, beliau berkata, gabungan itu yakin dapat mengekalkan pencapaian berkenaan, namun tidak mengambil mudah mana-mana kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

"Setiap kerusi penting. Kita tidak boleh menganggap ada kerusi putih, kelabu atau hitam kerana kita perlu menghormati pengundi dan memastikan mereka mendapat wakil rakyat terbaik," katanya.

Ditanya mengenai masa depan kerusi DUN Asajaya yang disandangnya selama kira-kira 25 tahun, Abdul Karim berkata, beliau menyerahkan keputusan kepada Premier Sarawak dan bersedia berundur sekiranya kepimpinan merasakan sudah tiba masanya memberi peluang kepada calon lebih muda.

"Saya bersedia untuk memberi laluan dan menyokong sesiapa yang akan dipilih. Tetapi keputusan itu saya serahkan kepada Premier," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:50 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
17 Oct, 13:53 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:53

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

PRN Sarawak akhir tahun ini?
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.