
Hampir 85% daripada 16.5 juta individu yang layak telah nikmati subsidi RON95
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR - Hampir 85 peratus atau 14 juta daripada 16.5 juta individu yang layak telah menikmati subsidi petrol bersasar menerusi Budi Madani RON95 (Budi95) pada harga RM1.99 seliter sehingga 30 September lalu. (Scoop, 09:54)
Read the reporting
1 report
Hampir 85% daripada 16.5 juta individu yang layak telah nikmati subsidi RON95
KUALA LUMPUR - Hampir 85 peratus atau 14 juta daripada 16.5 juta individu yang layak telah menikmati subsidi petrol bersasar menerusi Budi Madani RON95 (Budi95) pada harga RM1.99 seliter sehingga 30 September lalu.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, dari segi penjimatan fiskal, Budi95 juga dijangka menjana penjimatan sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, tertakluk kepada pergerakan harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang dan corak penggunaan sebenar.
“Dari segi ketepatan penyasaran, Budi95 menggunakan pengesahan MyKad yang dihubungkan kepada pangkalan data berpusat bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia yang layak.
“Tahap penyertaan yang tinggi ini menunjukkan bahawa mekanisme pengesahan menggunakan MyKad dapat diakses oleh majoriti rakyat dan berfungsi dengan baik di peringkat operasi,’’ katanya.
MOF berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang meminta kementerian itu menyatakan penilaian terkini terhadap keberkesanan pelaksanaan Budi95 termasuk jumlah penjimatan fiskal yang telah dicapai serta asas penetapan dan pelarasan kuota penggunaan bulanan.
Mengulas lanjut, MOF berkata, penjimatan berkenaan bukan hasil daripada pengurangan perlindungan kepada rakyat sebaliknya ia merupakan hasil pengurangan ketirisan subsidi kepada pihak yang tidak layak.
Ruang fiskal yang terhasil, kata MOF membolehkan kerajaan memperkukuh program bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta pelbagai inisiatif sosial lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
“Kerajaan turut mengambil kira kumpulan yang mempunyai keperluan penggunaan bahan api lebih tinggi dan bagi pemandu e-hailing yang layak, kelayakan tambahan sehingga 800 liter sebulan disediakan berdasarkan jarak perjalanan sebenar yang disahkan melalui data pengendali e-hailing,’’ katanya.
MOF memberitahu, kerajaan akan terus memantau pelaksanaan Budi95 berdasarkan data penggunaan sebenar, harga pasaran tenaga global, kedudukan fiskal negara dan maklum balas rakyat bagi memastikan subsidi terus disalurkan secara adil, bersasar dan mampan. - 14 Oktober, 2026
The post Hampir 85% daripada 16.5 juta individu yang layak telah nikmati subsidi RON95 appeared first on Scoop .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Scoop) source
Where it started
How it spread
- Step 1NewsScoop09:54
Internet reaction
- Hampir 85% daripada 16.5 juta individu yang layak telah nikmati subsidi RON95u/Wartawan Scoop · Scoop · 09:54 · BM
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.