
Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun (Google News Malaysia (BM), 19:22)
Read the reporting
1 report
Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun
PETALING JAYA – Hantaran berbentuk simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM100,000 disifatkan sebagai antara hadiah perkahwinan paling bijak kerana mampu memberikan manfaat kewangan jangka panjang kepada pasangan.
Perkara itu dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di media sosial yang mengaitkan pemberian simpanan persaraan dengan pasangan selebriti, Syed Saddiq dan Bella Astillah.
Menurut perkongsian itu, wang hantaran lazimnya digunakan untuk membiayai pelbagai persiapan perkahwinan termasuk katering, pelamin dan majlis keraian yang hanya berlangsung sehari.
Bagaimanapun, wang yang disimpan dalam KWSP berpotensi berkembang menerusi dividen tahunan, sekali gus menjadi tabungan untuk kegunaan pada masa depan.
Sebagai gambaran, simpanan RM100,000 boleh meningkat kepada kira-kira RM392,000 dalam tempoh 28 tahun sekiranya memperoleh purata dividen lima peratus setahun, tanpa sebarang caruman tambahan atau pengeluaran.
Jumlah sebenar bagaimanapun bergantung pada kadar dividen yang diisytiharkan KWSP dari semasa ke semasa.
PHM turut menjelaskan bahawa wang yang telah dikreditkan ke akaun KWSP penerima tidak boleh diminta kembali oleh pemberi, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
Justeru, simpanan tersebut kekal sebagai aset penerima yang berpotensi membantu menampung keperluan ketika usia meningkat atau selepas bersara.
Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu menjadikan RM100,000 sebagai penanda aras hantaran perkahwinan kerana jumlah simpanan boleh disesuaikan mengikut kemampuan masing-masing.
Malah, caruman RM1,000 atau RM5,000 juga boleh memberikan manfaat sekiranya diurus dengan baik dan dibiarkan berkembang dalam tempoh panjang.
Amalan itu juga boleh dilakukan pasangan yang sudah berkahwin menerusi caruman berkala ke akaun KWSP pasangan sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan atau tanda penghargaan.
Perkongsian itu menegaskan bahawa perancangan kewangan rumah tangga bukan sekadar menyediakan keperluan ketika memulakan kehidupan bersama, malah turut mengambil kira kebajikan pasangan untuk tahun-tahun mendatang.
“Majlis perkahwinan hanya sehari, tetapi kehidupan selepas itu mungkin berpuluh-puluh tahun.
“Hadiah paling bermakna bukan semestinya yang paling mewah pada hari perkahwinan, tetapi yang masih memberikan manfaat ketika usia semakin tua,” menurut perkongsian itu lagi. – KOSMO! ONLINE
The post Hantaran kahwin KWSP RM100,000 boleh jadi RM392,000 dalam 28 tahun appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)19:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.