Malaysian Attention Engine
Live wire
62Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok49Indonesia belum jawab tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran Kalimantan - Zahid45Bimbang keselamatan keluarga, penduduk Pangsapuri Damai Perdana pilih berpindah44Pendaratan tuna negara hampiri RM1 bilion43Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin42Tiada keperluan bawa pulang penuntut Malaysia di Arab Saudi setakat ini41World : Trump Says Russia To Supply Diesel Fuel To American, Global Markets40Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739'Krisis Negeri Sembilan bukan salah DAP'- Anthony Loke38General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times37Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan
NewConfirmedupdated 47 min ago

Mahkamah sahkan cerai taklik selepas suami tikam isteri enam kali

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 14:38 MYTLatest activity 11 Oct, 14:38BMconfidence 80%

What happened

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan perceraian secara taklik membabitkan jururawat selepas suaminya melanggar lafaz taklik dengan menikam wanita itu enam kali di badan dan leher pada 5 Oktober lalu. (Berita Harian, 14:38)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Mahkamah sahkan cerai taklik selepas suami tikam isteri enam kali

By Sharifah Mahsinah Abdullah · 11 Oct, 14:38 MYT

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan perceraian secara taklik membabitkan jururawat selepas suaminya melanggar lafaz taklik dengan menikam wanita itu enam kali di badan dan leher pada 5 Oktober lalu.

Hakim Mohd Anwan Ab Muttalib membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan lelaki berusia 47 tahun berkenaan dalam prosiding yang berlangsung kira-kira sejam.

Mahkamah mendapati defendan melanggar Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002, yang memperuntukkan perceraian melalui taklik atau janji bersyarat yang dibuat ketika perkahwinan.

Mohd Anwan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan perbuatan suami yang menyebabkan kecederaan fizikal terhadap isterinya, sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan ketika perkahwinan mereka.

"Selepas mendengar pengakuan defendan, mahkamah hari ini memutuskan untuk membenarkan tuntutan plaintif dan mengesahkan perceraian secara taklik.

"Plaintif kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya.

Plaintif berusia 44 tahun yang bekerja sebagai jururawat memfailkan permohonan perceraian pada 21 September lalu.

Beliau diwakili peguam Sufian Zakaria daripada firma Hafiz Sufian & Co, manakala defendan tidak diwakili peguam.

Terdahulu, lelaki yang masih dalam tahanan reman itu tiba di mahkamah jam 8.45 pagi dengan memakai baju-T hijau dan seluar biru.

Dia direman polis sejak 6 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kejadian menikam isterinya di rumah mereka di Kampung Padang Lepai.

Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat parah selepas ditikam suaminya sebanyak enam kali di rumah mereka di Ketereh, di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow15:00
Latest 15:16 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 14:38 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:38

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Jururawat parah ditikam: Mahkamah sahkan cerai taklik
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.