Malaysian Attention Engine
Live wire
47Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold46China sends naval forces to monitor US warship near disputed shoal45Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London41‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’41Politics : PN Deregistered - RoS41World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta40Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar39Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com38Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hanya 20 peratus pembeli dalam talian Malaysia dikategorikan bijak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:26 MYTLatest activity 20 Oct, 17:26BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Hanya 20 peratus pembeli dalam talian di Malaysia memenuhi penanda aras pembeli bijak atau Savvy Shopper, lebih rendah berbanding purata serantau sebanyak 24 peratus, menurut kajian terbaharu Lazada dan Cube Asia. (Utusan Malaysia, 17:26)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Hanya 20 peratus pembeli dalam talian Malaysia dikategorikan bijak

By SABRINA ZULKIFLI · 20 Oct, 17:26 MYT

KUALA LUMPUR: Hanya 20 peratus pembeli dalam talian di Malaysia memenuhi penanda aras pembeli bijak atau Savvy Shopper, lebih rendah berbanding purata serantau sebanyak 24 peratus, menurut kajian terbaharu Lazada dan Cube Asia.

Laporan 2026 eCommerce Savvy Shopper: Asia Tenggara itu mendapati kumpulan pembeli berkenaan berbelanja 36 peratus lebih tinggi setiap bulan berbanding pembeli umum, sekali gus menyumbang 25 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan e-dagang di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin berkata, matlamat syarikat itu adalah untuk membantu rakyat Malaysia berbelanja dengan bijak, bukannya berbelanja lebih.

“Sama ada barangan dapur untuk kegunaan mingguan, kelengkapan persekolahan atau perkakas rumah baharu, memastikan setiap ringgit digunakan sebaiknya penting bagi semua peringkat pendapatan.

“Tawaran yang baik tidak sepatutnya berakhir di kaunter pembayaran. Pengguna perlu dapat membandingkan kos keseluruhan, mengetahui pihak yang menjual produk kepada mereka dan yakin terhadap sokongan yang tersedia selepas pembelian,” katanya ketika sesi meja bulat media berkenaan laporan tersebut di sini hari ini.

Kajian berkenaan melibatkan 6,000 pembeli dalam talian berusia antara 18 hingga 61 tahun di enam pasaran Asia Tenggara.

Sementara itu, Pengasas Bersama Cube Asia, Simon Torring berkata, peratusan pembeli bijak di Malaysia yang lebih rendah berbanding purata serantau tidak semestinya menunjukkan kelemahan dalam ekosistem e-dagang negara.

Sebaliknya, tahap perlindungan yang tersedia dalam persekitaran pembelian dalam talian sesebuah negara turut mempengaruhi sejauh mana pengguna perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika membeli-belah.

“Di negara yang mungkin tidak mempunyai perlindungan platform, penjual atau kerajaan yang kukuh, tanggungjawab lebih besar terletak pada pengguna untuk mengamalkan tingkah laku ini bagi melindungi diri mereka.

“Sebahagian daripada skor Malaysia juga berkaitan dengan ekosistem e-dagang negara yang berfungsi dengan baik. Platform berdaftar secara tempatan dan kami mendapati bahagian pengalaman pembelian yang berjaya atau positif lebih tinggi berbanding pasaran lain,” katanya.

Tambahnya, Malaysia berada pada kedudukan yang baik berdasarkan dapatan kajian itu, justeru peratusan pembeli bijak perlu dilihat bersama faktor perlindungan dan pengalaman pembelian yang tersedia kepada pengguna.

Kajian itu turut mendapati sebanyak 17 peratus pembeli dalam talian Malaysia dikategorikan sebagai Near-Savvy Shopper, iaitu kumpulan yang memenuhi tiga daripada empat penanda aras pembeli bijak.

“Daripada kumpulan itu, sebanyak 45 peratus masih belum memenuhi penanda aras pengesahan maklumat produk, termasuk semakan butiran, ulasan dan maklumat ketulenan sebelum membuat pembelian,” katanya.

Kajian itu turut mendapati sebanyak 62 peratus responden Malaysia menyemak butiran penjual sebelum membeli, menunjukkan kepentingan maklumat yang jelas dan boleh dipercayai dalam membina keyakinan pengguna terhadap transaksi dalam talian.

Dalam aspek perlindungan pembelian, sebanyak 39 peratus pembeli bijak sanggup membayar lebih untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik, berbanding 24 peratus dalam kalangan pembeli umum.

Selain itu, sejumlah 43 peratus pembeli bijak memperuntukkan lebih separuh perbelanjaan dalam talian mereka kepada bahagian Mall dalam platform e-dagang, berbanding 29 peratus pembeli umum.

Kajian itu menganggarkan perbezaan corak perbelanjaan antara pembeli bijak dengan pembeli umum bersamaan jurang perbelanjaan marketplace tahunan sebanyak AS$900 juta di Malaysia.

Bagaimanapun, angka itu merujuk kepada nilai perbelanjaan yang dikaitkan dengan perbezaan corak perbelanjaan kedua-dua kumpulan dan bukan perbelanjaan tambahan yang terbukti berpunca daripada amalan membeli-belah secara bijak. – UTUSAN

The post Hanya 20 peratus pembeli dalam talian Malaysia dikategorikan bijak appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 17:47 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 17:26 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:26

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.