
Harga minyak hampiri paras tertinggi lima bulan, Brent AS$110.10 setong
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BENGALURU: Harga minyak meningkat pada Selasa dengan Brent berlegar hampir paras tertinggi lima bulan apabila pedagang mengambil kira premium risiko geopolitik susulan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta laporan serangan kapal di rantau Teluk. (Berita Harian, 12:54)
Read the reporting
1 report
Harga minyak hampiri paras tertinggi lima bulan, Brent AS$110.10 setong
BENGALURU: Harga minyak meningkat pada Selasa dengan Brent berlegar hampir paras tertinggi lima bulan apabila pedagang mengambil kira premium risiko geopolitik susulan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta laporan serangan kapal di rantau Teluk.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.55 (RM2.24), atau 0.50 peratus, kepada AS$110.10 (RM449.34) setong setakat 11.19 pagi waktu Malaysia.
Brent mencecah AS$110.70 (RM451.79) setong pada sesi sebelumnya, paras tertinggi sejak 20 Mei.
Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS bagi penghantaran November, yang bakal tamat tempoh pada Selasa, meningkat 0.24 peratus kepada AS$103.91 (RM424.08) setong.
Kontrak Disember yang lebih aktif pula naik AS$0.39 (RM1.59), atau 0.40 peratus, kepada AS$98.93 (RM403.75) setong.
"Harga minyak kekal disokong kukuh... Ini menunjukkan pasaran mengambil kira premium risiko yang besar berikutan keadaan yang tidak menentu," kata penganalisis ING dalam satu nota pada Selasa.
"Namun, jika aliran bekalan terus berjalan tanpa halangan walaupun dalam persekitaran geopolitik semasa, premium risiko itu mungkin menyusut secara perlahan. Buat masa ini, jelas belum ada tanda ke arah itu."
Firma penjejakan kapal, Kpler, dalam nota pada Isnin berkata sekurang-kurangnya 18 kapal dilaporkan diserang dalam tempoh dua minggu, sekali gus mengekalkan premium risiko dalam pasaran.
Kumpulan Houthi Yaman yang bersekutu dengan Iran pada Isnin mendakwa melancarkan beberapa serangan terhadap sasaran tenaga, lapangan terbang dan ketenteraan Arab Saudi.
Antara sasaran yang didakwa diserang ialah kemudahan Aramco di Yanbu, medan minyak Shaybah, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Abha.
Pihak berkuasa Arab Saudi belum mengesahkan dakwaan berkenaan, manakala Reuters tidak dapat membuat pengesahan secara bebas.
Dalam kejadian berasingan pada Isnin, serangan Houthi ke atas kem latihan pasukan keselamatan kerajaan di wilayah Shabwa, Yaman, mengorbankan 58 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain.
Serangan yang kembali memuncak meningkatkan kebimbangan terhadap kestabilan rantau berkenaan, selain menyerlahkan risiko berterusan terhadap bekalan tenaga dari kawasan itu.
Keadaan berkenaan membantu mengekalkan harga minyak melebihi AS$100 (RM408.12) setong.
Di Amerika Syarikat (AS), stok minyak mentah dijangka menyusut minggu lalu bersama inventori produk petroleum, menurut tinjauan awal Reuters pada Isnin.
Perintah eksekutif Presiden Donald Trump pada Jumaat mengecualikan beberapa sekatan dan tarif utama AS berkaitan Rusia, termasuk duti barangan serta penalti terhadap pembelian tenaga dari negara itu.
Bagaimanapun, Trump pada Sabtu berkata beliau masih belum mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, pula berkata pegawai memerlukan lebih banyak masa untuk menilai keadaan.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) minggu lalu melaporkan pengeluaran minyak mentah Rusia meningkat sebanyak 65,000 tong sehari pada September kepada 8.43 juta tong sehari.
Namun, jumlah itu masih kira-kira 870,000 tong sehari lebih rendah berbanding setahun lalu.
"Walaupun kemungkinan pertambahan bekalan diesel Rusia menawarkan sedikit kelegaan secara teori, pedagang kelihatan jauh lebih tertumpu kepada risiko berterusan berlakunya kerosakan lanjut terhadap infrastruktur tenaga di seluruh rantau Teluk," kata Ketua Penganalisis KCM Trade, Tim Waterer.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.