Malaysian Attention Engine
Live wire
50Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu48General : PN Seeks Stay Of RoS Deregistration Order - Takiyuddin46Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably45Perdagangan Malaysia-Switzerland cecah RM13.4 bilion42'Pembatalan PN luar biasa, boleh jadi luar tabii' - Ahmad Samsuri37Muhyiddin gesa kerajaan wujud pelan induk banteras kemiskinan bandar37Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion37Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik36Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri36‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’36General : 242 MARA-sponsored Students In France Safe36Anwar: Govt to set up special committee to investigate corporate crime, chaired by attorney general
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Harga minyak tinggi sokong pendapatan eksport Malaysia - CGSI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 14:13 MYTLatest activity 20 Oct, 14:13BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI). (Berita Harian, 14:13)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Harga minyak tinggi sokong pendapatan eksport Malaysia - CGSI

By BERNAMA · 20 Oct, 14:13 MYT

KUALA LUMPUR: Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).

Dalam satu nota hari ini, CGSI berkata, eksport berkaitan minyak dan gas terus menyumbang kepada prestasi eksport negara yang berkembang 40.2 peratus tahun ke tahun pada September, dengan eksport produk petroleum meningkat 32.9 peratus manakala eksport LNG naik 45.7 peratus.

Firma penyelidikan itu kekal positif terhadap prospek eksport susulan prestasi kukuh dalam tempoh sembilan bulan 2026.

"Kami menjangkakan prestasi perdagangan luar Malaysia kekal berdaya tahan sepanjang baki 2026, terutamanya disokong oleh kitaran peningkatan industri semikonduktor yang dipacu kecerdasan buatan (AI) dan permintaan berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E)," katanya.

CGSI berkata, pertumbuhan eksport kekal meluas merentasi pasaran utama, mencerminkan permintaan luar yang berdaya tahan.

Pertumbuhan eksport Malaysia, katanya, meningkat lebih pantas kepada 54.5 peratus pada September, disokong oleh permintaan kukuh terhadap eksport barangan perkilangan yang berkembang 58.6 peratus, dipacu pertumbuhan ketara sebanyak 69.2 peratus dalam eksport produk E&E.

"Prestasi eksport turut dipacu oleh penghantaran pada paras rekod ke pasaran utama, dengan eksport ke Amerika Syarikat (AS) melonjak 89.9 peratus kepada paras tertinggi baharu RM38.0 bilion, manakala eksport ke China meningkat 22.1 peratus," katanya.

Menurut firma itu, pertumbuhan import juga kekal kukuh, dengan import barangan pengantara meningkat 69.6 peratus. Lebihan dagangan terkumpul Malaysia pula turut melebar kepada RM232.4 bilion dalam tempoh sembilan bulan 2026 berbanding RM107.7 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, CGSI memberi amaran bahawa prospek perdagangan masih terdedah kepada kelembapan pelaburan global dalam bidang AI, permintaan semikonduktor yang lebih lemah serta ketidaktentuan yang meningkat berkaitan dasar perdagangan atau geopolitik.

Mengenai harga domestik, firma itu berkata, inflasi pengangkutan meningkat kepada 2.5 peratus pada September daripada 2.0 peratus pada Ogos, mencerminkan kenaikan semula harga minyak mentah global yang ketara, dengan harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$116.80 setong daripada AS$90.90 setong.

"Bagaimanapun, harga minyak global yang kekal tinggi boleh menyebabkan inflasi berkaitan pengangkutan terus meningkat dan menimbulkan risiko kenaikan inflasi sekiranya kos tenaga kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama," katanya.

Menurutnya, sokongan dasar kerajaan yang berterusan, termasuk perlindungan bil elektrik, subsidi bahan api RON95 dan BUDI Diesel, kawalan harga bagi barangan makanan terpilih serta inisiatif Jualan Rahmah, membantu mengurangkan kesan tekanan kos luaran terhadap pengguna dan perniagaan.

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan bagi 2026 pada 1.9 peratus, dengan menjangkakan inflasi kekal terkawal pada suku keempat, disokong mekanisme subsidi sedia ada, langkah bersasar bagi menangani kos sara hidup serta ringgit yang stabil. - BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 14:42 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 14:13 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.