
Harimau Kumbang wajib bangkit
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Harimau Kumbang wajib bangkit (Harian Metro, 13:07)
Read the reporting
1 report
Harimau Kumbang wajib bangkit
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penang FC mengakui prestasi mereka dalam lima perlawanan awal Liga Super musim ini masih jauh daripada sasaran sebenar selepas sekadar mengutip empat mata untuk terperosok di tangga ke-11 liga.
Siri keputusan hambar itu menyaksikan skuad Harimau Kumbang hanya mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri, manakala gawang mereka sudah dibolosi lapan kali dan sekadar meledak empat gol setakat ini.
Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan langkah sumbang dalam dua perlawanan terawal menjadi punca utama skuad bimbingannya berdepan kesukaran untuk membina momentum awal kempen.
"Pada saya, ia tidak mencapai apa yang kami kehendaki kerana kami gagal untuk mendapatkan sebarang mata dalam dua perlawanan pertama berdepan DPMM FC dan Sabah FC.
"Kami hanya bermula mengutip mata pada perlawanan ketiga menentang TFC dan kini kami perlu bangkit," kata Wan Rohaimi.
Bagi mengelakkan kedudukan pasukan terus hanyut di kelompok bawah, tugasan seterusnya di Stadium Bandaraya menentang Melaka FC dijadikan medan penting untuk pembetulan hala tuju skuad Harimau Kumbang.
Wan Rohaimi mensasarkan kelebihan beraksi di halaman sendiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperbaiki carta liga serta mengurangkan defisit mata dengan kelompok pasukan teratas.
"Selepas ini kami melayan kunjungan Melaka FC di Penang, jadi kami mahukan tiga mata pada perlawanan itu untuk mengimbangi serta mula merapatkan mata dengan pasukan-pasukan di atas," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.